Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Tua!!

Assalamualaikum..


Agak lama tak update entry ye.. kali ni nak update pasal seorang hamba Allah yang tersayang dalam hidupku..

pada 22.7.2014 yang lalu adalah hari lahir my sista fatin farhanah binti md noor.
kini umurnya genap 2*.. 
kena la rahsia kan umurnya nanti kang dia baca termalu sendiiri disebabkan dirinya sudah lanjut usia,, hahahah..
di kesempatan ini adikmu yang sungguh baik hati,penyayang dan comel ini hendak mengucapkan selamat hari tua wahai kakakku!!!
jangan merasakan diri tu muda lagi ye, bawak bawak sedar diri la sikit.. 
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga tahun ni dapat kasi duit raya kat ina ye ;)
ina menunggu duit raya dari kak long!! jangan lupa kasi.. orang tua kena bagi duit raya kat orang muda belia ni.

*only sista*

Saturday, July 5, 2014

Terkejut ke??

Assalamualaikum..

Hari ni genap 6 hari aku aku berada di Adtec Kulim.. dalam masa 6 hari tu tak de apa yang menarik tertarik lagi yang berlaku, ye la yang ada kat asrama pun berapa kerat je kan..
keadaan senyap sunyi terang benderang ni tak kekal lama sebabnya hari ni hari pendaftaran pelajar lama..
Dan tadi dah terserempak dengan senior dah,seperti yang dijangka diorang semua terkujat melihat kami budak asas datang sini balik.. 
Ada yang mengalu-alukan kedatangan kami dan tak kurang juga yang tak menyenangi kehadiran kami di sini, biasa la manusia mesti ada je yang tak puas hati ..
tu baru sikit je yang jumpa belom semua lagi, malu pun ada jugak nak bersua muka dengan senior senior lain.. tu tak pegi bengkel lagi, adoyaii malunya esok!!
tapi apa apa pon kena juga hadapi dengan hati dan jiwa yang kental lagi kuat..
hehheheh ;)


Friday, July 4, 2014

7hari di bulan ramdhan

Assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik dan celik tak pejam pejam tanpa sedar sekarang kita dah masuk hari ketujuh dalam bulan ramadhan..
tak sangka secepat ni masa berlalu..
7 hari kita diuji dalam pelbagai situasi selama dalam bulan ramadhan ni..
termasuk aq juga, selama aku berpuasa dalam tahun ni hari ni macam mana tah boleh terbabas tak sahur padahal bangun dah awal dah, dalam tengah kejut roomate macam mana tah boleh terlelap balik jadi dengan rasminya hari ni aku tak bersahur la jawabnya..
sehubungan dengan itu hari ni kami berdua telah mengambil keputusan bahawa hari ni hari menjimatkan tenaga.. dari tadi aku dengan roomate duk diam diam je atas katil, nak save tenaga punya pasal.. perut dah berlagu riang dah ni..

Dikesempatan ni aku nak memohon maaf la kalau ada sape yang rasa tak puas hati dengan aku..
cara penulisan aku yang cacar marba ni ke.. maaf la ye dan selamat berpuasa!!
semoga berpuasa penuh ye! jangan culas!!
semoga kita dapat memperbanyakan amalan kita dalam bulan ini, ramai ramai la kita mengambil kesempatan dalam bulan ni, jangan sesekali mensia-siakannya..

Thursday, July 3, 2014

Hello Beloo!! i'm come back

Assalamualaikum..

hello semua!! sudah sekian lama rasanya tangan ni tak menari-nari di keyboard laptop ni..
cukup lama kita tak bersua di sini ye.. hahahha apa benda ayat meraapu pon tak tahu, 
nak uat come back punya pasal sanggup pagi pagi celik ni mengagahkan diri menaip di sini,padahal selama ni punya susah nak stay up pagi lepas semayang subuh, apa ke buang tabiat la hari ni plak..
Bersempena hari come back hari ni(ingat retis je ke yg boleh buat come back i pon boleh k) nak cerita sikit hal baru yang berlaku..

Sekarang i'm sweet 8teen..
bermakna zaman persekolahan sudah lama dan jauh ditinggalkan(biarpun baru 7 bulan tinggal zaman sekolah).
Dulu rina penah cakap, rina pernah belajar di adtec kulim sebagai student khusus asas selama 4 bulan dan masa yang indah indah tu sudah 3 bulan ditinggalkan..
dah selepas habis khusus asas di Adtec Kulim status diri telah bertukar, dari seorang pelajar telah menjadi penganggur terhormat yang menanam anggur,epal,strawberi selama 3 bulan berada di rumah.. bunyi banyak gila tanaman yang di tanam tapi hasilnya tak pernah pernah dapat.. hahahha ..
jadi sambil menjadi penggangur terhormat itu dalam masa yang sama jiwa berkobar-kobar menanti dan terus menanti keputusan upu..
jadi keputusannya rina dapat ipta ipta yang dikenali ramai tapi ada masalah dalam memilih di situ.. mengambil masa yang agak lama untuk memilih tempat nak sambung belajar..
pilih punya pilih, dilema punya dilema, air mata punya air mata, drama swasta la drama kerajaan la jadi akhirnya keputusan telah ditentukan.. Actually keputusan tu ditentukan 70% dari keputusan abahku..
jadi keputusan yang di ambil adalah dengan menghantar aku kembali ke Adtec Kulim dengan berstatuskan pelajar diploma teknologi kejuruteraan mekanikal pembuatan(pemesinan) dan aku dengan paksa rela harus menerima ketentuan harus wajib sunat kembali ke sana..
"kadang kadang kita terpaksa berkorban untuk kegembiraan org lain"
sekarang baru aku faham dengan ayat tu.. betul! kadang-kadang kita kena berkorban untuk kebaikan bersama..
jadi aku didaftarkan pada 1.7.2014 di Adtec Kulim sebagai pelajar diploma, DIPLOMA OK!
dah 4 hari aku kembali ke sini..

semoga keputusan yang aku pilih ni akan membahagiakan ibu dan abah dan aku akan buktikan pada orang sekeliling aku yang aku juga mampu berjaya, bukan hanya pelajar ipta yang terkenal je yang boleh berjaya ipta yang kurang dikenali pun boleh berjaya.. Tempat bukan faktor utama memberi kejayaan kepada seseorang tempat menjadi salah satu faktor memberi kejayaan sahaja.. 
Insyallah aku akan buktikan dan dapat bahagiakan ibu abah serta diri sendiri :) 

Friday, April 25, 2014

yeah! Baju Baru!!

 Assalamualaikum..


Haii.. Mesti ada yang pelik kan kenapa entry aku kali ni pasal baju baru..
kenapa baju baru pun nak update??
kenapa? kenapa? kenapa?
 hhhahah.. :D

aku memang TERlebih excited sikit dengan baju baru aku yang ni,
aku pun aneh bin ajaib kenapa aku terlebih excited dengan baju baru ni..
baru je beli hari ni dan aku tak sabar-sabar nak update entry pasal baju yang sangat sangat sangat kuning..
memang sakit mata la tengok sebenarnya tapi aku suka warna ni, tak tahu la sejak bila aku boleh jatuh cinta dengan warna kuning ni..
mungkin selepas ramai je yang menggelarkan aku dengan semua benda yang berwarna kuning dalam dunia ni.. haiisshh!

tadi keluar dengan kawan untuk kali yang terakhir selama kat kulim ni, keluar la pergi giant kulim..  
tengah jalan-jalan tu masuk la dalam satu shop dan nampak baju ni!
macam excited je aku tengok baju tu dan aku tak tahu kenapa aku excited terlebih tapi memang bersemangat waja gigih berusaha la nak baju tu dan akhirnya aku berjaya beli..

malam balik dari giant tu juga aku pakai sebab nak tunjuk kat kawan-kawan aku baju baru tu..
aku tak kisah dah walaupun baju tu masih bau kedai 
janji aku nak tunjuk kat kawan aku baju baru aku..
baik betul perangai aku..
jangan dijadikan contoh perangai nih, tak elok!
hehheheh
baju tak ada la cantik mana pun tapi tak tahu kenapa excited dia lebih sikit..

Thursday, April 24, 2014

Sales Girl Dyara Solution Main Gosok-Gosok

hye guys!!
Entry rina sebelum ni berkisar pasal noble school dan make upkan.. 
dan enry kali ni rina nak cerita pasal Dyara Solution..
Apa tu Dyara Solution??
mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu..  Dyara Solution tu adalah sejenis produk kecantikan..
rina pun tahu masa kat karnival alor setar tu la.. 
masa kawan nak beli memory card dekat salah satu booth dekat situ kebetulan 
 booth Dyara Solution tu dekat bersebelahan booth jual memory card tu.. Dah tinggal kami yang duk saja kat tepi tunggu yang lain beli memory card tu sales girl Dyara Solution suruh kami cuba dulu 
 sambil tunggu kawan.. 
dan mangsa yang pertama yang kena buat eksperimen adalah Fatin..
dia main gosok-gosok tangan fatin tu, nasib dia perempuan kalau tak memang tak kasi la 
main gosok-gosok nih..
tangan sebelah dia kena buat eksperimen dan kesan yang dia tunjukkan adalah sangat berkesan..
berbeza sungguh dengan tangan yang tak digosokkan dengan Dyara Solution..
lepas tu dia tengok aku dan dia cakap
"hah!adik nih ada jeragat boleh juga pakai produk ni"
aku yang blur blur tak tahu apa dia jeragat tu dengan selamba aku tanya dia 
"Jeragat tu apa kak?"
dia pun bagi la gambar jeragat dan baru aku sedar memang aku ada jeragat.. 
Heloo muka aku tak de banyak mana pun jeragat dan dia cakap jeragat ni ada sebab panas, memang tak dapat dinafikan la tu sebab aku ni suka main panas la juga..
lepas tu dia main gosok gosok muka aku..

*gosok muka aku dengan gembiranya*

dah la ramai je lelaki ada dekat situ..
lepas habis main gosok gosok muka aku,dia tunjukkan perbezaan lepas guna 
Dyara Solution dengan yang tak guna..
dia cakap sebelah ni lagi nampak ok dan nampak lagi gebu..
(yang gosok Dyara Solution tu la)
dan lepas dia pong pang pong pang cakap pasal Dyara Solution kami bertiga macam berminat nak beli..
dia cakap satu kotak Rm60 tapi dia bagi percuma 1 botol..
tapi memandangkan kami hanya ada 3 orang kami berbincang secara serius mius sapa nak ambik 2 botol..
Bincang punya bincang kakak tu decided yang dia nak bagi harga sepecial untuk kami memandangkan kami ni pelajar sekolah @  ipta..
Dia bagi 2 kotak dengan harga Rm90.. berbaloi baloi lah.
so kami pun beli la 2 kotak dengan seorang bayar Rm30..
baru guna 5hari dan hasilnya boleh dipercayai.. kira macam tak menyesal sangat la beli walaupun baru  
first time aku beli produk kecantikan ni..      



Wednesday, April 23, 2014

Noble school! Make up!

Assalamualaikum..

Baru-baru ini pelajar khursus asas mekanikal dan asas telekomunikasi telah mengikuti lawatan ke karnival di alor star..
karnival untuk kolej dan sekolah kemahiran..
macam-macam ada kat sana dan dalam macam-macam tu ada la satu booth ni mewakili noble school buat make up..
ada ke yang pernah dengar pasal noble school nih?? aku baru first time dengar, diorang cakap noble school ni ada kat taiping..
tak kira la make up jenis macam mana pun.. cakap je kat diorang nak apa..
make up hantu, make up cantik,make up macam badut,make up pengantin dan apa je yang kita nak request boleh je.. 
dalam tengah jalan-jalan tu dia tarik la aku dan kawan aku fatin ni suruh masuk booth dia.. 
kiteorang muka dah serba salah, sorang buat muka tak tahu apa-apa,
sorang buat muka terpaksa nak masuk..
dalam main tarik-tarik tu dan ramai mata-mata yang memerhati kami bersetuju masuk dan dia try 
nak make upkan antara kami berdua dan cepat je member aku tu jawab
"make up dia je kak" 
aku la yang dia maksudkan tu.. aku dah serba salah, dan disebabkan aku ni orang yang susah untuk berkata tidak aku pun setuju je . lagipun bayaran dia rm2 malaysia sahaja.. 
Dia beria nak make up aku, tanya nak make up kat mana.. 
tangan ke muka..??
dan aku jawab 
tangan dah la, tak de la nampak sngat..
aku tak tahu pun dia nak buat apa dekat tangan aku mula-mula 
dah dia start make up tangan aku tu dan hampir nak siap baru aku tahu yang dia make up effect macam accident, dan make up effect dia tu betul-betul nampak real.. nampak macam tangan aku baru lepas accident.. 

*oh tidak!tanganku!*

nampak real kan?? geli je aku yang tengok..
Dah keluar dari booth tu banyak je mata yang tengok aku dan tangan aku, yang tak tahan nya siap buat muka lagi..
ada yang muka kesian,muka pelik,muka geli pun ada..
lepas aku bla dari booth tu pusing tempat lain dan kembali ke booth noble school tengok ramai je yang ikut jejak aku.. mungkin diorang rasa menarik kot benda tu.. aku pun tak tahu.. 
aku berusaha sorok benda tu lepas orang duk usha aku pelik tapi orang lagi gembira di samping noble school main make up-make up..

kalau ada sedara mara adik beradik kakak mak yang rasa nak make up guna khidmat noble school boleh terus berurusan dengan pengajar diorang yang bernombor
0165591289..

Thursday, April 17, 2014

Tunjuk Skill Ramai-Ramai

Assalamualaikum...

Tanggal 10.04.2014 terdapat satu aktiviti yang telah direncanakan oleh mpp adtec kulim dan akan dijayakan oleh pelajar khursus asas,semester 1,semester 2 dan semester 3..
lama punya tarikh baru sempat nak update cerita pasal ni, cerita sebenarnya update lambat sebab baru dapat gambar makanan dari mpp yang tangkap gambar ni..
semua budak asas macam memberi komplin kenapa kami yang kena masuk, dah la sampai keluarkan arahan kami-kami ni tak dibenarkan balik langsung minggu tu,
dan baru la kami tahu bahawa tuan pengarah memberi arahan suruh kami ikut aktiviti ni sama sebab dia dapat agak yang 
semester 1,2 dan 3 ni macam yang ramai tak kan join..
dan terbukti la sikit kata MPP kami, kira budak asas ni lagi memeriahkan suasana pada hari itu..

cakap panjang lebar tapi tak tahu lagi aktiviti apa yang dijalankan untuk hari tu kan???
ok, aktiviti yang dijalankan hari tu adalah
DAPUR HANGIT dan PES..
Pada sebelah pagi diadakan pertandingan DAPUR HANGIT..
hanya 4 orang peserta sahaja yang dibenarkan masuk, 2 lelaki dan 2 perempuan dalam satu kos..
dan aku adalah salah satu dari 2 perempuan itu..
disebabkan kami budak asas adalah kos mekanikal perkakasan jadi kumpulan aku otomatik mewakili mekanikal perkakasan la.. terang terang mekanikal perkakasan takkan la bertukar jadi elektronik pula kan..
hehheheh

cerita pasal pertandingan yang aku kena masuk ni memang agak clumssy sikit la.. ye la, masak kot.. ingat aku teror ke, setakat nak bagi kenyang perut sendiri tu boleh la, kalau nak masuk pertandingan bagai ni cuak la juga,...
ok, kenapa aku masuk juga walaupun aku tahu aku tak berapa mahir memasak..
bukan tak pandai masak ok, tak mahir je..
sebab-sebab yang menyebabkan aku kena masuk pertandingan tu kerana member-member aku yang lagi tiga ni tak nak masuk, so dari kami kalah tanpa bertanding baik kami masuk, lagi pun partner aku yang lagi sorang ni teror masak memasak ni.. superb la!
punya la gabra aku cari resepi sampai aku telefon sifu aku yang handal lagi hebat, sape lagi kalau bukan 
my lovely muummy..
bukan main lagi ibu bagi resipi dan kata semangat, siap pesan jangan bagi malu keturunan sekali tu.. 
ceh!! apa la, ingat masuk master chef ke, baru dapur hangit..
esoknya, memang kami terkejut tak berapa nak jadi beruk la sebab nya masak kena guna arang weh!
A.R.A.N.G! mamang hangit sungguh la dah la bagi masa 3 jam je,
 nak hidupkan arang lagi, nak potong barang lagi, hidangan sekurang-kurangnya 2 kena sediakan tapi kami nak masak at least 3..
dalam tengah sibuk-sibuk menghidupkan arang yang tak nak hidup-hidup tiba-tiba satu kejadian telah berlaku..
dekat area tempat kami nak masak tu jadi satu kebakaran pula..
kes nya macam ni, botol yang berisi petrol tu terbakar dan minyak petrol mencurah-curah keluar dari botol tu, mpp dah hilang pergi ambik alat pemadam api.. 
lama gila, pergi ambik ke pergi buat tak tahu la, dah dekat nak habis api baru pemadam api datang,,.. time tu tara guna dah sebab api dah kecik nak mati pun..

*yang ada kerusi tu la tempat kami kena masak mula2, tapi kena pindah tempat lepas tu*
tukar tempat otomatik dapat arang baru, bila dapat arang baru jawabnya lama lagi la nak hidup, bazir masa kat situ je, ingat 3 jam lama ke, sekejap je ok..
dekat setengah jam baru api mula hidup,

*posing jap sementara tunggu api nyala*


*berusaha hidupkan api*

selepas api dapat dihidupkan kami terkocoh-kocoh mulakan memasak memandangkan kami tengok kumpulan lain dah ada yang hampir siap satu hidangan..
kami start masak sambal tumis udang..
udang je yang aku rasa lebih sesuai dari sotong dan ayam.. air udang kan dapat sedapkan lauk..
Dan terbukti memang sedap sambal tumis tu ok..
tak tipu nih!
lepas tu kami terus dan terus memasak tanpa henti sehingga kami terlebih sasaran menu..
excited punya pasal  terbabas masak sampai 4 sajian..
sambal tumis udang,kari ayam,omellete seafood dan sotong goreng kunyit..

*sambal tumis udang*

*omellete seafood*

gambar sotong goreng kunyit dan kari ayam tak sempat nak tangkap..

yang lain lain ni hidangan saingan kami














juri macam menyebelahi kami, tapi keputusan sapa yang menang tidak kami ketahuai sehingga sekarang..
nak juga tahu sapa yang menang..
letih-letih tunjuk skill masak yang terpendan rapi ni tengok2 tak buat hari penutup pun..

sebelah malam pula ada game untuk kaum lelaki..
PES.. alaa video game bola..
time ni lelaki lelaki pula yang tunjuk bakat dalam game bola..
lelaki mesti tahu punya la, aku pon baru tahu malam tu..
Disebabkan kami ni perempuan yang sememangnya tidak mengemari game bola tu, pengerusi mpp abang mokhtar benarkan kami kaum hawa ni balik asrama dulu.. gila lama nak tunggu diorang habis, memang sampai pagi la..

Hanya itu sahaja yang berlaku pada hari tu :D

Monday, April 14, 2014

Akhirnya Dapat!

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ni aku dan member asrama gila teringin nak makan Big Apple..
ye la last makan time kat semetrik kot, gila memang lama la..
memang mengidam habis-habis tak dapat big apple real kami sanggup search google semata-mata nak tengok donut-donut yang gebu dan sodap-sodap..

dah dekat 2 bulan kami memang gila-gila teringin big apple tapi selalu je tak dapat.,
ye la, time nak kirim suruh kawan beli ada je halangan-halangan yang tidak dapat membelinya..
Dan hari ni hari yang sungguh-sungguh menggembirakan kami semua sebab akhirnya kami dapat juga merasa big apple yang diidam-idamkan..

datang dari mana big apple kat ceruk hutan ni??
of course la ada yang membeli dekat luar..
sorang member lelaki ni dia balik rumah, dah alang-alang dia balik kami minta tolong dia la belikan,
 mula-mula dia macam tak nak je, tapi lepas dirayu dipujuk baru setuju nak beli..
tapi siap minta upah pula tu.. Hampeh punya kawan! 
tapi disebabkan dia je yang mampu membeli , waa sayang sama lu bro!
tak sia-sia kawan 2 tahun..

tengah-tengah sedap makan dan lepas rest baru teringat nak snap donut-donut..
tapi dah TER makan.. yang tinggal ni je la yang dan nak snapnya..
dari 8 ketul tinggal 3 ketul ni je yang tak terusik
so yang ni je sempat memfamouskan dirinya












Alhamdulillah kepunan ku sudah habis!

Sunday, April 13, 2014

Air ketum beri keburukan atau kebaikan??

AIR KETUM????

Cerita pasal air ketum ni nak share tentang kebaikan dan keburukannya..
ye la , sekarang ni ada je kes pemuda-pemuda zaman sekarang ni ketagih minum air ketum tu..

Air ketum ni sebenarnya selalu diminum oleh orang-orang yang buat kerja berat..
Alaa yang macam kerja kat bendang,yang guna banyak tenaga dan kudrat untuk mencari nafkah..
diorang minum ni untuk tambahkan tenaga mereka-mereka ini..
TAPI 
benda tu telah disalahgunakan..
yang menyebabkan ketagih terhadap air tu kerana air tu telah dicampur adukkan pelbagai bahan seperti ubat batuk dan air coco cola oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab..

Kalau minum air tu tanpa mencampurkan apa-apa memang tidak menjadi masalah sebenarnya..Malah air tu elok untuk badan, dia cuci darah kita sekali..
 Tapi yang menjadi masalah apabila mereka ini mencampurkan air ketum dengan pelbagai bahan..

Cakap pasal air ketum teringat la senior dekat Adtec ni..
Dah 2 orang kena buang daripada institut ni sebab menyeludup air ketum..
kalau sikit tak pe, tapi ni sampai 7 bungkus air ketum yang mungkin telah dicampurkan pelbagai bahan dalamnya..
Free free je kena buang padahal dah semester 3 dan semester 4..
tu la padahnya kalau minum air ketum..

Baru kenal Daun Ketum rupannya macam ni

Dan hasil dari daun kat atas bertukar jadi Air Ketum



*Harap maaf andai ada yang terasa, hanya ingin berkongsi*





Friday, April 11, 2014

Solat Tiang Agama

Mesti ada yang pelik kan kenapa entry rina kali ni letak orang lidi terlebih zat dengan berlabel bagai..
Dah la label pasal solat 5 waktu..
ok cerita dia macam ni..

Hari tu ada ceramah agama dekat surau Adtec ni so kami diwajibkan turun, kalau tak turun kena denda... 
kalau fikir-fikir balik dah macam duduk sekolah menengah teknik je,
 bukan rasa duduk pusat latihan tinggi..
dah turun tu ceramah baru nak mula.. ceramah pasal solat..
nak tahu?
solat sebenarnya pun ada kaitan dengan tubuh badan kita, sebab tu la entry ni ada kaitan dengan gambar  dekat atas tu..

kata ustaz tu.. Allah telah merencanakan sesuatu dengan sebaik-baik kejadian dan telah menwajibkan manusia mengikuti suruhannya.. semua bergantung kepada manusia sahaja nak ikut suruhannya atau langgar suruhannya..

solat diibaratkan seperti anggota badan kita.
Subuh 
Diibaratkan seperti kepala.
jika kita menunaikan waktu subuh maka kita masih berkepala, tapi jika kita tidak menunaikan solat subuh kita diibaratkan seperti berjalan diatas muka bumi ini tanpa berkepala..
bayangkanlah dah kalau tak de kepala bukan ke dah jadi spesis hantu ke 

Zohor
Diibaratkan seperti tangan.
jika kita tidak menunaikan solat zohor bermakna kita dikatakan haram untuk menggunakan pancaindera kurniaan Allah ini..

Asar
Diibaratkan seperti badan
jika kita tidak menunaikan solat asar ibarat kita bergerak tanpa punya badan, hanya ada anggota lain selain badan.

Maghrib
jika kita tidak menunaikan solat maghrib kita dikatakan tidak mensyukuri nikmat membuang hadas kotoran dari badan kita

Isyak
jika kita tidak menunaikan solat isyak kita diibaratkan seperti berjalan tanpa kaki.. bayangkan, berjalan tanpa kaki macam mana?

"Perintahkanlah anakmu mengerjakan solat sewaktu dia berusia tujuh tahun dan pukullah mereka sesudah mereka mencapai umur sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur antara mereka"

KETAHUAILAH BAHAWA ANAK KUNCI SYURGA ADALAH SOLAT!!


Thursday, April 10, 2014

Cinta Dan Rindu



Antara cinta dan rindu rina lebih memilih untuk merindu. 
nak tahu sebab apa?
kerana dalam rindu itu penuh dengan kasih sayang, dalam rindu hadir bersama cinta, dalam rindu bersulam doa dalam sujud..
hebatnya kehebatan rindu..
bukan nak cakap cinta tidak mempunyai kehebatan sama, tapi pada pandangan rina rindu mempunyai kehebatan luar biasa..
mencintai tidak semestinya memiliki... 

Cinta dan Rindu itu bermula dari Adam Hawa dikisah pula Yusuf dan Zulaikha
 diabadikan pula Shajehan dan Muntaz diberikan pula Romeo dan Juliet diceritakan Rama dan Sita dilakonkan oleh Laila Majnun dan kini kita pula yang meneruskannya..

Sungguh bahagia insan yang telah menemui cinta dan rindu sejati..

Menyatakan cinta dalam islam adalah boleh tetapi tidak penting. 
Tidak sepenting bukti sebenar cinta . Bukti sebenar cinta apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar ia rasa selamat dan dihormat..
Contohnya:
Disaat kita ingin melepaskan seseorang ingatlah disaat kita ingin mendapatkannya dahulu.
Disaat kita tidak menrindukannya, ingatlah saat pertama kali kita lafazkan kita cinta padanya.
Disaat kita mulai bosan dengannya ingatlah saat-saat indah kita bersamanya..

Nak tahu??
Cinta adalah seperti karakter hantu-hantu di Malaysia.. 
Hah??! apa dia cinta macam karakter hantu kat Malaysia?? 
Sabar sat.. nak habaq la ni apa dia..

1.Cinta adalah seperti Sundal Bolong, Didepan manis dibelakang bohong.
2.Cinta adalah seperti Pocong, selalu lompat dari satu hati ke hati yang lain.
3.Cinta adalah seperti Toyol, ada wang diri disayang,tiada wang diri ditendang.
4.Cinta adalah seperti Puntianak, tidak tahu bila nikahnya tiba-tiba dapat anak ..  

Cinta dan Rindu tak dapat dipisahkan..
perasaan yang datang package,tak boleh nak tolak salah satu dari itu..
cinta dan rindu adalah satu anugerah dari tuhan kepada kita..
perasaan yang dipinjamkan sebentar untuk kita, sepatutnya digunakan sebaik mungkin..tidak menyalahgunakan perasaan itu ke jalan yang salah..




Wednesday, April 9, 2014

susah faham atau salah faham??


kenapa manusia susah untuk percaya kan kebenaran?
kenapa kenapa kenapa????
setiap kali kebenaran yang diucapkan mesti tak nak percaya, tapi apabila satu pembohongan dilakukan.. hal yang dibohongkan akan dipercayai..
kenapa susah untuk percaya kata-kata orang? 
nak tunggu tipu dulu ke baru nak percaya?
jujur salah inikan pula tipu.. lagi la salah..
susah kan sebenarnya nak bagi orang faham..
susah juga nak fahamkan orang..
tahu tak??susah nak bagi orang puas hati, susah nak bagi orang fahham.. jagan ingat diri tu je yang ada masalah.. orang lain pon ada juga.. 
dah berjuta beribu kali bagi pesanan tapi diri sendiri tu yang tak nak faham.. apa lagi nak uat bagi faham..
bila dengar cerita lain mula la salahkan orang lain..
ni la manusia yang tak boleh berfikir secara rasional..
tolong la fikir pasal orang lain sama..
orang lain pon manusia juga..

Tuesday, April 8, 2014

Khasiat/kebaikan berwuduk sebelum tidur

Assalamualaikum...

Berwuduk mempunyai banyak kebaikan. ini bukan sahaja dapat pahala malah kita dapat banyak faedah dari berwuduk.. wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita..
oleh kerana itu kita diwajibkan berwuduk dahulu sebelum menunaikan solat ataupun melakukan sesuatu perkara yang memerlukan kita berwuduk.. 

berwuduk sebelum kita tidur adalah sangat disunatkan.. dapat pahala kot,  tak rugi apa-apa pon, malah kita rasa sejuk selepas berwuduk.. berwuduk sebelum tidur bukan sahaja dapat pahala bahkan dapat menghindarkan diri kita dari mimpi buruk dan dapat memudahkan kita tidur..
rina cakap berdasarkan pengalaman.. sebelum rina tidur dalam keadaan berwuduk rina selalu akan terjaga dalam pukul 3 atau 4 pagi.. walaupun tidur lambat confirm terjaganya lah.. tepi selepas ibu rina suruh amalkan berwuduk sebelum tidur.. rina dapat tidur dengan aman..
mimpi yang buruk-buruk pun dah jarang mimpi

Rasulullah bersabda "barang siapa yang tidur dimalam hari dalam keadaan suci(berwuduk) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat akan berucap
'Ya Allah ampunkanlah hambamu ini,kerana ia idur di malam hari dalam keadaan selalu suci'

berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama ada menjelaskan hikmah berwuduk sebahagian daripada usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani..
sudah tentu setiap perintah Allah mempunyai hikmah disebaliknya..
berwuduk juga mempunyai nilai ibadah yang tinggi.. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, beerti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah hanya dekat dan cinta kepada orang yang dalam keadaan suci..

bukan itu sahaja.. berwuduk juga mempunyai banyak khasiat yang tersendiri..
Antaranya ialah:
1. Menenagkan otot-otot sebelum berehat.. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan behawa percikan air wuduk merupakan cara mengendurkan otot yang kaku dalam beraktiviti.

2. Mencerahkan kulit muka.. wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk dapat menghilangkan kotoran dalam kulit..
kulit kita akan segar,bersih dan cerah.. Insyaallah!

3. Didoakan malaikat.. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah.
nescaya doanya akan dikabulkan..

Wednesday, April 2, 2014

fakta yang hampir tepat

Dalam tengah jalan-jalan sekitar facebook dan menglike serta mengomen di status orang dan tiba-tiba mataku tertangkap akan satu status yang berkaitan dengan anak nombor 2,3,4,5,6,8..
oleh sebab aku anak ke-4 jadi aku membaca serta mencopy cat la status dia dan paste kan dekat blog kesayaganku ini...
status nya berbunyi seperti ini:
 " Walaupun selalu dilukakan . Dia tetap sabar dan kuat ." - " Suka buat kerja last minute .Tu lah suka sangat tangguhkan krja . Tapi apa - apa pun kerja last minute dia memang menjadi ." - " Memang agak pendiam sikit kalau orang tak kenal dia . Bila dah rapat mulalah keluar nakal2 manja dia tu ." -" Stalker dan penyiasat yang berjaya . Apa yang dia nak tahu semua dia dapat . - kuat cemburu +cerewet + degil + setia..

part yang paling aku sokong adalah part ni Memang agak pendiam sikit kalau orang tak kenal dia . Bila dah rapat mulalah keluar nakal2 manja dia tu .. part ni aku sokong 110% sebab yang itu aku yang sebenarnya.. sampai sampai ada yang buat mulut aku ni sombong.. Hello!! aku tak sombong ok, cuma dengan orang yang tak dikenali tak dapat nak mesra alam,mesra pokok,mesra bangunan.. terutamanya dengan kaum adam lagi la aku tak mampu nak mesra alam ni.. 

Dan tiba-tiba aku teringat akan satu mesej yang di copy oleh seorang member aku ni.. fakta yang di kemukakan lagi la sama banyak dengan sikap aku yang sebenarnya..
Fakta anak nombor 1/2/4

Sensitif and easy to cry

Keras kepala

Muka bajet garang tapi sebenarnye cute

Sweet tapi caring

Cepat touching even nmpk tough

Suka gelak dengan kawan even tengah sedih

Waktu muda menyusahkan tapi berbakti bila besar

Degil nak mampus

Muka gangster tapi cepat jatuh hati

Haaa....

Monday, March 31, 2014

01.04 adalah Hari April Fool


1.4 ataupun lebih dikenali hari April fool..
ok hari ni APRIL FOOL!
mesti ada yang tak sabar sabar nak kenakan kawan masing-masing kan??
dekat asrama aku sekarang ni pun dah macam-macam bunyi..
gedegang sana gedegang sini, menjerit sana menjerit sini.. dah rupa macam zoo dah..
tak tahu ke mereka mereka ni yang menyambut Hari April Fool adalah haram?

TAHUKAH ANDA ADA CERITA DISEBALIK HARI APRIL FOOL YANG MENYEBABKAN HARAM DISAMBUT?


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masi
h ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

keesokan harinya iaitu 1 April, mereka mengambil barangan yang telah siap dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan yang dimana terdapat kapal untuk mereka naiki agar dapat menyelamatkan nyawa mereka..
Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan
 umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak..
Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam..

justeru itu
Bila anda meraikan APRIL FOOL, terutamanya untuk orang-orang Islam, seolah-olah anda telah meraikan kejayaan orang-orang Kristian Sepanyol dalam menipu, memecahbelahkan umat islam, serta menyebabkan pertumpahan darah orang-orang Islam berlaku..

MASIHKAH ANDA INGIN MERAIKAN APRIL FOOL??
RENUNG-RUNUNGKANLAH

Thursday, March 27, 2014

Hari terakhir bersama mereka

Akhirnya hari yang nak berpisah untuk kali kedua telah tiba.

hari yang pertama dulu time baru habis sekolah, sekarang lepas ambik result pula kena berpisah pula..
Good bye my lovely friend ..

sebelum masuk felda diorang ni singgah rumah aku dulu dan memandang kan kat area bawah rumah aku tu ada orang jual ice blended( rumah aku atas bukit ok) , so diorang ni berhabiskan duit kat kedai tu..

 sebelum balik sempat la juga kami ronda felda dulu dan sempat la juga kami meronda dan memusing kat rumah Damia .. 
sempat la juga memusing kat zoo kecil rumah damia..
 macam - macam binatang yang jumpa.. antara antaranya ialah
kambing,burung,angsa,rabbit, dan binatang yang paling pelik yang tak pernah aku tengok.


Especially ayam nih..spesis apa entah ayam ni..
ada yang tahu??

tuan punya zoo ni pun x tau apa nama ayam nih..

hanya setakat ni sahaja cerita bersama mereka.. 

Wednesday, March 26, 2014

hari hari bersama mereka

Bersambung pasal semalam...

lepas penat lelah pada pagi tu, masing-masing balik rumah..
aku dan damia balik rumah naik motor la,ye la dah datang pun dengan motor kena la balik dengan motor tak kan la balik dengan kereta pula kan ..

dalam perjalanan balik tu tiba-tiba akal aku terigat yang slip spm aku dan damia ada dalam kereta azira, 
nak pusing dah jauh dah kiteorang jalan, apa lagi sepantas kilat aku telefon azira, dan dia suruh ambik petang tu sebab dia nak pergi rumah opah dia..
petang tu kami berkumpul sekali lagi, tapi tempat,masa dan pakain yang berbeza la..
pagi tadi semua pakat ayu pakai baju kurung dah petang pakai t-shirt la, tak de maknaya nak 
ayu-ayu lagi dah la seksa naik motor pakai baju kurung..
petang tu kami  macam biasa la, tetap x lepaskan peluang snap gambar..
baru aku perasan kami ni tak habis-habis duk selfie je..




dah habis snap-snap picture dan main pusing pusing bakal rumah si kembar yang sedang di bina kat belakang tu kami pun setuju nak pergi rumah opah si kembar memandangkan hari sudah merangkak petang dan malam..
kawan kawan aku yang lain dah bergerak menuju ke kereta tapi aku dan damia stay kat tempat tangkap gambar tadi ye la dah kami dua je yang naik motor..
kat kawasan motor tu rupa-rupanya bukan kami dua jje tapi ada lagi makhluk makhluk Allah yang tengah berebut nak naik motor..
antara orang orangnya adalah Aliaa,Fatin,Hanis,Azima,Nabilah..
tapi yang boleh naik hanya Aliaa,Fatin,Nabilah,yang lain naik kereta, ye la gila ke nak naik ramai-ramai..
Hanis nak naik dengan aku tapi aliaa yang tak pernah naik motor dapat kalahkan hanis dengan alasan hanis dah naik semalam dengan rahimah dan damia..
azima pula ibu dia meman bagi naik motor, bahaya katanya..

Damia bawak Nabilah dan aku???
for your information Aliaa dengan Fatin naik dengan aku ok..
naik tiga la ni?? ye la, naik tiga la tak kan naik empat pula, mana datang lagi sorang tu pula..

*Fatin(baju merah),Aliaa(tudung hitam),aku(baju hitam) kalau tak kenal aku tak tahu la kan*
hasil rempitan kami bertiga.. akhirnya sampai juga la kat rumah opah si kembar walaupun sepanjang perjalanan kami ke rumah opah si kembar banyak je mata-mata yang memerhati..
Malu siihh!!
dah la kalau diikutkan salah disisi undang-undang , nasib baik dekat kawasan kampung, kalau tak memang naya je kena saman..
dah la tak de lesen,tak pakai helmet, naik pun tiga.. memang cari gaduh betul dengan polis..

sampai je kat rumah opah, semua orang gelak tengok kami yang naik tiga..
hanis pun cakap ibu si kembar gelak bukan main agi dalam kereta tengok kami naik tiga, dah la Aliaa yang kat tengah macam tersepit je..

time tu dekat pukul 7 lebih dah, masuk la rumah minum air dulu, then nampak baby..
comel je, anak sepupu si kembar..
aku tak sempat nak bergambar dengan dengan si comel yang sempat nabilah dengan alii je.. 
budak tu pun diam je dengan orang
Aliaa
  
Nabilah

dah macam ada bakat jadi mak orang dah budak berdua ni..
ada gaya,ada xpax, ada segalanya..

untuk cerita hari ini sampai disini sahaja.. hari esok punya cerita sambung dalam entry lain ye..

Tuesday, March 25, 2014

#THROWBACK #RESULT SPM #WARIS #SEMETRIAN

Tajuk pon dah bukan main ni ke isi dalamnya..
bak kata sesetengah orang kalau kita nak tahu isi buku/catatan/nota yang menarik selalunya bergantung kepada tajuknya juga..
tapi cerita sekarang,menarik ke tajuk entry ni??? Fikir Fikir la..

Seperti mana satu malaysia tahu kan yang 20/03/2014 adalah tarikh keramat yang dimana tarikh tu terjawab segala kekusutan yang selama ini bermukim di hati,jantung,pankreas 
pelajar-pelajar SPM tahun 2013..*cewwaahh ayat bukan main agi, kalau boleh semua organ dalaman aku nak sebut*

actually kami pelajar SPM ni tak sabar nak tunggu 20/03 tu sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah disamping tak sabar nak tahu result apa yang kami dapat selepas 5 tahun bertungkus lumus belajar di sekolah menegah..

WARIS

My Classmate

yang paling dirindui of course la budak-budak WARIS dan my classmate!! rindu sangat sangat!
memang kecoh+gamat la bila semua dah berkumpul.. tak henti-henti bercakap..
 tambah-tambah lagi budak berdua ni,, TERutamanya si nabilah(pakai tudung biru)
mulut kalah popocorn baru masak...
 kalau nak cerita jalan cerita time bangun pagi sampai la masa nak ambik result memang banyak daa..
tapi aku cuba menyingkatkan sampai jadi pendek sependeknya ok..

#throwback
pagi tu aku bangun,abah dan ibu banyak bagi support pagi tu..
 dan sampai la dalam pukul 9 macam tu tiba-tiba aku dapat satu panggilan dari satu orang yang aku tak percaya yang dia akan telefon aku pagi-pagi macam tu..

si damia zulza(rabbit x cukup gigi aku panggil dia)*aku panggil dia macam tu sebab 
dia pakai braces faham faham la ye ~

Budak ni ajak aku keluar pagi tu atas sebab-sebab yang tertentu aku setuju..
dalam sengaja melengahkan masa sampai pukul 11(sebab nak ambik result pukul 11.15)
boleh dikatakan pagi tu kami dah cukup mentawaf satu felda bersia walhal time tu pelajar spm 2013 tengah takut,gabra fikir pasal result, siap kami boleh main kat taman agi kot..
tiba-tiba member aku kol *azima kol* dia suruh datang sekolah cepat dan terus la pecut pergi sekolah dah akhirnya dalam kelam kabut merempit dengan motor ke sekolah akhirnya kami sampai..
masuk je dewan tengok ramai dah yang sampai.. ye la time tu dah pukul 12 mana tak ramainya..
kami pun masuk la dalam dewan serentak,dengan muka masing-masing dah cukup boleh mengambarkan beribu-ribu,berjuta-juta perasaan yang bersarat dalam hati,dan otak sebab fikirkan result..
sebab kami kelas berlainan kami berpisah..
aku dan kawan yang lain beratur ikot kelas kami, perasaan berdebar memang tak payah nak cakap la macam mana..
aku ambik lambat sikit sebab nervous mana la tahu ada subjek yang terkantoi ke , dan akhirnya
YEAAHH!! aku berjaya lulus semua tak de yang gagal pon..
sebab dulu masa trial ada subjek yang gagal dan result tak sebaik,sesopan result real ni..
aku dan kawan-kawan yang lain alhamdulillah result sedap mata memandang la..
lepas dah dapat tu apa lagi buat sesi menyelfiekan diri sendiri la..
dan hasilnya begini 



sesi menyelfiekan diri kami semua ni bukan setakat kat sini je..
kami juga menyelfiekan diri kat asrama.. tak cukup kat sekolah kat asrama pun kami nak muatkan gambar kami..kalau ikotkan hati diorang ni,segenap tempat kat sekolah ni diorang nak snap picture..
kat asrama perkara pertama yang kami terkejut adalah nampak benda alah ni
 ASPURI dah ada cctv ok.. dah maju!
 lepas penat buat pelbagai aksi nak tangkap gambar dan menggila depan cctv kami kedahagaan.. apa lagi ramai-ramai  serbu la water cooler la.. 
hannah yang paling dahaga rasanya nya..hehhehe
*yang pakai baju warna merah hannah*

lepas tu kami abadikan gambar kami untuk kali terakhir kat asrama beramai-ramai.. 




habis untuk pagi itu, cerita petang tak disertakan lagi..
TO BE CONTINUED..