Thursday, July 3, 2014

Hello Beloo!! i'm come back

Assalamualaikum..

hello semua!! sudah sekian lama rasanya tangan ni tak menari-nari di keyboard laptop ni..
cukup lama kita tak bersua di sini ye.. hahahha apa benda ayat meraapu pon tak tahu, 
nak uat come back punya pasal sanggup pagi pagi celik ni mengagahkan diri menaip di sini,padahal selama ni punya susah nak stay up pagi lepas semayang subuh, apa ke buang tabiat la hari ni plak..
Bersempena hari come back hari ni(ingat retis je ke yg boleh buat come back i pon boleh k) nak cerita sikit hal baru yang berlaku..

Sekarang i'm sweet 8teen..
bermakna zaman persekolahan sudah lama dan jauh ditinggalkan(biarpun baru 7 bulan tinggal zaman sekolah).
Dulu rina penah cakap, rina pernah belajar di adtec kulim sebagai student khusus asas selama 4 bulan dan masa yang indah indah tu sudah 3 bulan ditinggalkan..
dah selepas habis khusus asas di Adtec Kulim status diri telah bertukar, dari seorang pelajar telah menjadi penganggur terhormat yang menanam anggur,epal,strawberi selama 3 bulan berada di rumah.. bunyi banyak gila tanaman yang di tanam tapi hasilnya tak pernah pernah dapat.. hahahha ..
jadi sambil menjadi penggangur terhormat itu dalam masa yang sama jiwa berkobar-kobar menanti dan terus menanti keputusan upu..
jadi keputusannya rina dapat ipta ipta yang dikenali ramai tapi ada masalah dalam memilih di situ.. mengambil masa yang agak lama untuk memilih tempat nak sambung belajar..
pilih punya pilih, dilema punya dilema, air mata punya air mata, drama swasta la drama kerajaan la jadi akhirnya keputusan telah ditentukan.. Actually keputusan tu ditentukan 70% dari keputusan abahku..
jadi keputusan yang di ambil adalah dengan menghantar aku kembali ke Adtec Kulim dengan berstatuskan pelajar diploma teknologi kejuruteraan mekanikal pembuatan(pemesinan) dan aku dengan paksa rela harus menerima ketentuan harus wajib sunat kembali ke sana..
"kadang kadang kita terpaksa berkorban untuk kegembiraan org lain"
sekarang baru aku faham dengan ayat tu.. betul! kadang-kadang kita kena berkorban untuk kebaikan bersama..
jadi aku didaftarkan pada 1.7.2014 di Adtec Kulim sebagai pelajar diploma, DIPLOMA OK!
dah 4 hari aku kembali ke sini..

semoga keputusan yang aku pilih ni akan membahagiakan ibu dan abah dan aku akan buktikan pada orang sekeliling aku yang aku juga mampu berjaya, bukan hanya pelajar ipta yang terkenal je yang boleh berjaya ipta yang kurang dikenali pun boleh berjaya.. Tempat bukan faktor utama memberi kejayaan kepada seseorang tempat menjadi salah satu faktor memberi kejayaan sahaja.. 
Insyallah aku akan buktikan dan dapat bahagiakan ibu abah serta diri sendiri :) 

No comments: