Monday, March 31, 2014

01.04 adalah Hari April Fool


1.4 ataupun lebih dikenali hari April fool..
ok hari ni APRIL FOOL!
mesti ada yang tak sabar sabar nak kenakan kawan masing-masing kan??
dekat asrama aku sekarang ni pun dah macam-macam bunyi..
gedegang sana gedegang sini, menjerit sana menjerit sini.. dah rupa macam zoo dah..
tak tahu ke mereka mereka ni yang menyambut Hari April Fool adalah haram?

TAHUKAH ANDA ADA CERITA DISEBALIK HARI APRIL FOOL YANG MENYEBABKAN HARAM DISAMBUT?


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masi
h ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

keesokan harinya iaitu 1 April, mereka mengambil barangan yang telah siap dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan yang dimana terdapat kapal untuk mereka naiki agar dapat menyelamatkan nyawa mereka..
Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan
 umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak..
Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam..

justeru itu
Bila anda meraikan APRIL FOOL, terutamanya untuk orang-orang Islam, seolah-olah anda telah meraikan kejayaan orang-orang Kristian Sepanyol dalam menipu, memecahbelahkan umat islam, serta menyebabkan pertumpahan darah orang-orang Islam berlaku..

MASIHKAH ANDA INGIN MERAIKAN APRIL FOOL??
RENUNG-RUNUNGKANLAH

Thursday, March 27, 2014

Hari terakhir bersama mereka

Akhirnya hari yang nak berpisah untuk kali kedua telah tiba.

hari yang pertama dulu time baru habis sekolah, sekarang lepas ambik result pula kena berpisah pula..
Good bye my lovely friend ..

sebelum masuk felda diorang ni singgah rumah aku dulu dan memandang kan kat area bawah rumah aku tu ada orang jual ice blended( rumah aku atas bukit ok) , so diorang ni berhabiskan duit kat kedai tu..

 sebelum balik sempat la juga kami ronda felda dulu dan sempat la juga kami meronda dan memusing kat rumah Damia .. 
sempat la juga memusing kat zoo kecil rumah damia..
 macam - macam binatang yang jumpa.. antara antaranya ialah
kambing,burung,angsa,rabbit, dan binatang yang paling pelik yang tak pernah aku tengok.


Especially ayam nih..spesis apa entah ayam ni..
ada yang tahu??

tuan punya zoo ni pun x tau apa nama ayam nih..

hanya setakat ni sahaja cerita bersama mereka.. 

Wednesday, March 26, 2014

hari hari bersama mereka

Bersambung pasal semalam...

lepas penat lelah pada pagi tu, masing-masing balik rumah..
aku dan damia balik rumah naik motor la,ye la dah datang pun dengan motor kena la balik dengan motor tak kan la balik dengan kereta pula kan ..

dalam perjalanan balik tu tiba-tiba akal aku terigat yang slip spm aku dan damia ada dalam kereta azira, 
nak pusing dah jauh dah kiteorang jalan, apa lagi sepantas kilat aku telefon azira, dan dia suruh ambik petang tu sebab dia nak pergi rumah opah dia..
petang tu kami berkumpul sekali lagi, tapi tempat,masa dan pakain yang berbeza la..
pagi tadi semua pakat ayu pakai baju kurung dah petang pakai t-shirt la, tak de maknaya nak 
ayu-ayu lagi dah la seksa naik motor pakai baju kurung..
petang tu kami  macam biasa la, tetap x lepaskan peluang snap gambar..
baru aku perasan kami ni tak habis-habis duk selfie je..




dah habis snap-snap picture dan main pusing pusing bakal rumah si kembar yang sedang di bina kat belakang tu kami pun setuju nak pergi rumah opah si kembar memandangkan hari sudah merangkak petang dan malam..
kawan kawan aku yang lain dah bergerak menuju ke kereta tapi aku dan damia stay kat tempat tangkap gambar tadi ye la dah kami dua je yang naik motor..
kat kawasan motor tu rupa-rupanya bukan kami dua jje tapi ada lagi makhluk makhluk Allah yang tengah berebut nak naik motor..
antara orang orangnya adalah Aliaa,Fatin,Hanis,Azima,Nabilah..
tapi yang boleh naik hanya Aliaa,Fatin,Nabilah,yang lain naik kereta, ye la gila ke nak naik ramai-ramai..
Hanis nak naik dengan aku tapi aliaa yang tak pernah naik motor dapat kalahkan hanis dengan alasan hanis dah naik semalam dengan rahimah dan damia..
azima pula ibu dia meman bagi naik motor, bahaya katanya..

Damia bawak Nabilah dan aku???
for your information Aliaa dengan Fatin naik dengan aku ok..
naik tiga la ni?? ye la, naik tiga la tak kan naik empat pula, mana datang lagi sorang tu pula..

*Fatin(baju merah),Aliaa(tudung hitam),aku(baju hitam) kalau tak kenal aku tak tahu la kan*
hasil rempitan kami bertiga.. akhirnya sampai juga la kat rumah opah si kembar walaupun sepanjang perjalanan kami ke rumah opah si kembar banyak je mata-mata yang memerhati..
Malu siihh!!
dah la kalau diikutkan salah disisi undang-undang , nasib baik dekat kawasan kampung, kalau tak memang naya je kena saman..
dah la tak de lesen,tak pakai helmet, naik pun tiga.. memang cari gaduh betul dengan polis..

sampai je kat rumah opah, semua orang gelak tengok kami yang naik tiga..
hanis pun cakap ibu si kembar gelak bukan main agi dalam kereta tengok kami naik tiga, dah la Aliaa yang kat tengah macam tersepit je..

time tu dekat pukul 7 lebih dah, masuk la rumah minum air dulu, then nampak baby..
comel je, anak sepupu si kembar..
aku tak sempat nak bergambar dengan dengan si comel yang sempat nabilah dengan alii je.. 
budak tu pun diam je dengan orang
Aliaa
  
Nabilah

dah macam ada bakat jadi mak orang dah budak berdua ni..
ada gaya,ada xpax, ada segalanya..

untuk cerita hari ini sampai disini sahaja.. hari esok punya cerita sambung dalam entry lain ye..

Tuesday, March 25, 2014

#THROWBACK #RESULT SPM #WARIS #SEMETRIAN

Tajuk pon dah bukan main ni ke isi dalamnya..
bak kata sesetengah orang kalau kita nak tahu isi buku/catatan/nota yang menarik selalunya bergantung kepada tajuknya juga..
tapi cerita sekarang,menarik ke tajuk entry ni??? Fikir Fikir la..

Seperti mana satu malaysia tahu kan yang 20/03/2014 adalah tarikh keramat yang dimana tarikh tu terjawab segala kekusutan yang selama ini bermukim di hati,jantung,pankreas 
pelajar-pelajar SPM tahun 2013..*cewwaahh ayat bukan main agi, kalau boleh semua organ dalaman aku nak sebut*

actually kami pelajar SPM ni tak sabar nak tunggu 20/03 tu sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah disamping tak sabar nak tahu result apa yang kami dapat selepas 5 tahun bertungkus lumus belajar di sekolah menegah..

WARIS

My Classmate

yang paling dirindui of course la budak-budak WARIS dan my classmate!! rindu sangat sangat!
memang kecoh+gamat la bila semua dah berkumpul.. tak henti-henti bercakap..
 tambah-tambah lagi budak berdua ni,, TERutamanya si nabilah(pakai tudung biru)
mulut kalah popocorn baru masak...
 kalau nak cerita jalan cerita time bangun pagi sampai la masa nak ambik result memang banyak daa..
tapi aku cuba menyingkatkan sampai jadi pendek sependeknya ok..

#throwback
pagi tu aku bangun,abah dan ibu banyak bagi support pagi tu..
 dan sampai la dalam pukul 9 macam tu tiba-tiba aku dapat satu panggilan dari satu orang yang aku tak percaya yang dia akan telefon aku pagi-pagi macam tu..

si damia zulza(rabbit x cukup gigi aku panggil dia)*aku panggil dia macam tu sebab 
dia pakai braces faham faham la ye ~

Budak ni ajak aku keluar pagi tu atas sebab-sebab yang tertentu aku setuju..
dalam sengaja melengahkan masa sampai pukul 11(sebab nak ambik result pukul 11.15)
boleh dikatakan pagi tu kami dah cukup mentawaf satu felda bersia walhal time tu pelajar spm 2013 tengah takut,gabra fikir pasal result, siap kami boleh main kat taman agi kot..
tiba-tiba member aku kol *azima kol* dia suruh datang sekolah cepat dan terus la pecut pergi sekolah dah akhirnya dalam kelam kabut merempit dengan motor ke sekolah akhirnya kami sampai..
masuk je dewan tengok ramai dah yang sampai.. ye la time tu dah pukul 12 mana tak ramainya..
kami pun masuk la dalam dewan serentak,dengan muka masing-masing dah cukup boleh mengambarkan beribu-ribu,berjuta-juta perasaan yang bersarat dalam hati,dan otak sebab fikirkan result..
sebab kami kelas berlainan kami berpisah..
aku dan kawan yang lain beratur ikot kelas kami, perasaan berdebar memang tak payah nak cakap la macam mana..
aku ambik lambat sikit sebab nervous mana la tahu ada subjek yang terkantoi ke , dan akhirnya
YEAAHH!! aku berjaya lulus semua tak de yang gagal pon..
sebab dulu masa trial ada subjek yang gagal dan result tak sebaik,sesopan result real ni..
aku dan kawan-kawan yang lain alhamdulillah result sedap mata memandang la..
lepas dah dapat tu apa lagi buat sesi menyelfiekan diri sendiri la..
dan hasilnya begini 



sesi menyelfiekan diri kami semua ni bukan setakat kat sini je..
kami juga menyelfiekan diri kat asrama.. tak cukup kat sekolah kat asrama pun kami nak muatkan gambar kami..kalau ikotkan hati diorang ni,segenap tempat kat sekolah ni diorang nak snap picture..
kat asrama perkara pertama yang kami terkejut adalah nampak benda alah ni
 ASPURI dah ada cctv ok.. dah maju!
 lepas penat buat pelbagai aksi nak tangkap gambar dan menggila depan cctv kami kedahagaan.. apa lagi ramai-ramai  serbu la water cooler la.. 
hannah yang paling dahaga rasanya nya..hehhehe
*yang pakai baju warna merah hannah*

lepas tu kami abadikan gambar kami untuk kali terakhir kat asrama beramai-ramai.. 




habis untuk pagi itu, cerita petang tak disertakan lagi..
TO BE CONTINUED..


Sunday, March 23, 2014

1WHP menjana pendapatan yang lumayan


Kita perlu mencuba sesuatu perkara. Kalau kita tak cuba sampai bila-bila pon kita tak tahu.
Betul tak???
dah cuba nanti baru la tahu..TAPI nak cuba apa ye sekarang??
ok, sekarang duduk elok-elok.. 
Yang meniara, meniarap elok-elok,yang tengah duduk sandar elok-elok dan yang tengah baca harap memberi respon ya..
Ini bisnes online yang mana handphone yang sekarang kita guna ni jadi mesin duit untuk kita..
bunyi macam menarik kan? duit sape yang tak nak kan..
tak perlu bersusah payah bawa barang jualan/produk kita jalan-jalan keliling kampung,taman,rumah member hanya untuk lariskan jualan.. buang tenaga sahaja TAPI hari ini semuanya hanya di hujung jari sahaja.
Dengan 1WHP anda tak perlu bersusah payah membuang tenaga dan masa dengan menjaja produk dengan promote rumah ke rumah mahupun pos-pos barang ke rumah orang..
 hanya iklankan,yakinkan dan dapat komisen .
Dengan 1WHP anda mampu mendapat pulangan sampai RM700 seminggu dengan hanya bermodalkan RM55  SAHAJA.
tu pun bergantung kepada usaha sendiri la, kalau anda rajin maka komisen yang anda dapat semakin banyak la, ye la mananya boleh duit beranak sendiri kalau tak ada usaha yang banyak.
keputusan di tangan anda.
Ditekankan bisnes ni bukan MLM,bukan skim cepat kaya,skim piramid dan skim-skim yang sewaktu dan senada dengannya.. 
Tidak Tidak Tidak sama sekali..
anda tidak akan sesekali tertipu dengan bisnes ini..

sebagai manusia biasa yang hidup dekat muka bumi ni ada ke yang tak nak duit dengan bermodalkan hanya RM55 sahaja tapi income RM700 ke atas??????
sebab mereka mereka ini tahu jika mereka lepaskan peluang ini mereka rugi mereka akan join bisnes ni..
peluang hanya datang sekali,rezeki tidak akan datang bergolek-golek kalau tak ada usaha dan tak pandai rebutkan peluang yang ada..
saya bukan nak paksa join tapi paling rugi kalau lepaskan peluang yang ada ni..
for more details just pm me ok??


Tuesday, March 18, 2014

Hari Yang Menakutkan Semakin Tiba


Khamis 20.3.2014
hari yang penuh bersejarah bagi pelajar-pelajar lepasan Spm tahun 2013
pejam celik pejam celik dan akhirnya celik tak pejam-pejam dah yang akhirnya results SPM batch 1996 akan menjelang tak lama lagi.. 
hanya tinggal 1 hari sahaja!!
1 HARI JE OK!
bukan 1 minggu tapi 1 hari..
hari yang menakutkan akan menjelang tak lama lagi.. kurang daripada 48 jam results akan keluar..
harap sangat dapat result yang dapat membahagiakan ibu abah. 
harap air mata yang keluar hari khamis ni air mata kegembiraan bukan air mata penyesalan.

akhirnya aku akan jejak kaki lagi ke sekolah menegah teknik gerik yang banyak tersimpan sejarah, tersimpan kawan-kawan dari pelbagai tempat dan pelbagai ragam,jumpa sekola yang mencipta banyak sejarah dan kenangan manis,pahit,masam,masin dan seangkatan dengannya.. 
tempat yang mengajar  erti  pengorbanan,kesabaran,tolak ansur,percintaan,persahabatan dan segala yang indah dan kurang indah.. 

tak sangka secepat ini result akan keluar.. harap dapat result baik
AMINN!


calon-calon penghuni neraka!

Assalamualaikum..

sebagai manusia biasa kita sentias melakukan kesilapan di atas muka bumi Allah ini. Tidak kira la kesilapan yang kita sedari ataupun tidak sedari yang menyebabkan ada yang tersinggung hati dengan kita.

Dalam entry kali ni rina nak share dengan semua satu ilmu baru. tak de la baru mana pun, tapi bagi yang tak tahu kira baru la..

Dalam entry lepas rina ada tulis kan yang rina cuti mid sem kan??
so balik rumah dalam duduk saja-saja tu tiba-tiba terbuka hati dari sekecil-kecil 
 secomel-comel sebesar penumbuk je ni bertukar kepada menjadi sebesar-besar dan seluas pintu istana nak belek buku ilmuan ibuku yang tercinta. 
Takk pernah pernah nak belek ni tiba-tiba nak belek, kalau tak asyik berkepit dengan novel je 24jam kalau balik rumah.

Dalam duduk sedap-sedap membelek, adalah satu buku ni tertarik menarik kau memang de boom la pada pandangan rina.
nak tahu buku tu tajuk apa??

Jeng!! Jeng!! Jeng!!

Buku tu bertajuk FENOMENA NERAKA!



baca tahuk pon dah macam seram kan?
ni pula nak baca isi dalamnya.. Sah-sah la seram juga
Tapi tapi! hati yang comel comel ni nak juga baca buku tu, jadi baca juga la
dalam banyak-banyak isi kandungan tu rina tertarik dengan satu tajuk tu.
tajuknya ialah:

calon-calon penghuni neraka:



antara calon-calon penghuni neraka yang disenaraikan ialah:


A. Orang-orang kafir

B. Golongan musyrik

C. Orang-orang fasik

D. Kaum munafik

E. Orang yang meninggalkan solat

F. Penzina

G. Orang yang tidak membayar zakat

H. Derhaka kepada kedua orang tua

I. Makan harta anak yatim secara zalim

J. Peminum khamar(minuman keras)

K. Orang yang berlindung diri dengan syaitan

L. Merasa aman dari seksaan Allah

M. Memilih jalan hidup selain dari Islam


N. Orang yang suka menfitnah

Dalam banyak-banyak calon di atas rina nak huraikan satu tajuk je. Tajuk tu rina suka sangat dan memang sangat berkaitan dengan kita semua hamba Allah yang berada di atas muka bumi ini

Kita semua di atas muka bumi ini mempunyai ibu bapa kan?? Tak kira la ibu bapa kita sudah tiada ataupun masih ada lagi. Jadi sudah semestinya kita tidak terlepas melakukan dosa walaupun dalam kita tidak sedar semua tu.                                                                                                                   
        Ye la macam kita tahu nak cakap UH,ARRGH dan adik beradik
 sebapa seibu dengannya la pun x boleh kan?? 
ni ke nak cakap kasar,kesat yang boleh melukakan hati ibu bapa kita lagi la tak boleh.
betol tak?? sokong??

                         Firman Allah yang bermaksud:                                                      Ucapkanlah kepada keduannya dengan ucapan yang mulia        (kata-kata yang lemah lembut) dan rendahkanlah dirimu terhadap keduannya dengan penuh kesayangan” dan ucapkanlah ”wahai tuhanku kasihanilah keduannya sebagai mana keduannya menyayangi aku di waktu kecil” (Al-Isra’:23-24)


Sudah terang lagi bersuluh-suluh guna spotlight stadium bola bukit jalil yang kita ni sebagai anak kena cakap elok-elok dengan mak ayah kita
                                                              
                            
                      
              Sepatutnya kita sebagai seorang anak patut membahagiakan ibu bapa nya kan.                 Ye la kan diorang dah jaga kita dari sebesar tapak tangan sampailah
 dah besar panjang sekarang.. 
Diorang dah berhabis duit hantar kita pergi belajar start dari tadika yang comel-comel kiut miut sampai la dah Berjaya ke menara  gading menjadi orang yang berguna dimana ketika tu kita yang dulu comel-comel kiut miut tu dah jadi
 lelaki handsome dan wanita yang cantik menarik memang kapoww la kan..
sehubungan dengan itu kita perlu lah bersyukur sebab dikurniakan 
       ibu bapa yang dah macam 
                                                     superman dan superwoman                                              

                       Ibu bapa kita memang sangat hebat..   cuba kita perhatikan,                                         Seorang ibu mampu buat kerja rumah seperti memasak,menbasuh,kemas rumah, 
hantar anak sekolah setiap hari dan tak pernah mengeluh melakukan kerja-kerja rumah,tak pernah minta bayaran dengan kita kalau memasak dan
                                                            basuh baju kita..                                                                            ke ada ibu yang minta bayaran dengan anaknya??  
                                                         Of course tak kan..                                                             Seorang ayah pula mampu kerja berjam-jam tanpa henti hanya untuk mencari duit untuk keluarganya. Tidak pernah mengeluh dalam mencari nafkah untuk keluarga tercinta,.

Perhatikanlah bagaimana Allah menghubungkan syukur kepada kedua orang tua dengan syukur kepadaNya
                                     Di dalam perkara ini Ibn Abbas berkata                                     “Ada tiga ayat yang mengandungi tiga perkara dan 
sangat erat hubungkaitnya sehingga tidak dapat 
                             dipisahkan antara satu sama lain.”                                   Ayat-ayat tersebut ialah firman Allah bermaksud:

                         1.Taatilah Allah dan Rasulnya.jadi orang yang mentaati Allah dan                          tidak mentaati Rasulnya maka ketaatan kepada Allah tidak
 diterima dan sebaliknya juga.
                                                                                                                             2.Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Orang yang mengerjakan                          solat akan tetapi tidak menunaikan zakat maka solatnya tidak 
diterima dan sebaliknya juga.
                                                                                                                                3.Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua orang tuamu. Orang yang                    hanya bersyukur kepada Allah sahaja,akan tetapi tidak berterima kasih
 atau bersyukur kepada kedua orang tuanya,maka tidaklah diterima,demikian pula sebaliknya.

                             Berkenaan yang ketiga ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:            “ keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua orang tuanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua orang tua.”


Rina dah tolong bold kan dah supaya Nampak dengan jelas sejelasnya
yang keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa

so! moral the story
             kalau rasa nak redha Allah hormat la ibu bapa sebab bila mak ayah redha baru la Allah redha dan bila Allah redha automatik hidup kita ada keberkatan.. 
                                                             simple kan??                                                           RENUNG-RENUNGKANLAH! 

Sunday, March 16, 2014

KEMARAU? KEBAKARAN? JEREBU?



seperti yang kita semua ketahuai yang negara kita sedang mengalami 
musim kemarau yang agak teruk hingga menyebabkan ada sesetengah tempat yang diberi arahan supaya dicatukan sumber air mentah untuk disalirkan di kawasan perumahan di kawasan sekitar itu.


Kemarau yang melanda di negara kita ini juga menyebabkan
banyak penyakit telah melanda antaaranya seperti 
 demam panas berlanjutan, ulser yang sangat teruk, kulit mengelupas kerana sangat kering, heat strok dan sebagainya lagi yang pelik-pelik.
Tak kurang juga binatang ternakan dan tanam-tanaman yang habis mati dan rosak akibat kekurangan air.

Dah alang-alang sebut binatang ternakan ni nak juga share cerita..
Nak tahu??
Tahun ni abah rina tiba-tiba terbuka pintu hati nak pelihara ayam
so, awal tahun hari tu abah,ibu dan satu-satunya adik yang ada dekat rumah pergi la membeli beberapa ekor anak ayam yang comel-comel..
dah lama-lama tu anak-anak ayam semakin bertambah.
bertambah sebab apa??
bukan sebab bertelur ok tapi sebab abah pergi membeli anak ayam lagi.. 
daripada 8 ekor bertambah menjadi 13ekor.
dalam suka ria bermain dengan anak ayam yang semakin membesar tu,
musim kemarau melanda lantas mengakibatkan anak-anak ayam yang sedang giat membesar telah menemuai ajalnya..
Dah mati!!
daripada elok-elok ada 13ekor dah tinggal 2 ekor je..
yang tinggal tu ayam gajah dan ayam clock-clock a.k.a ayam belanda
tinggal la berdua bermadu asmara..
tu la kisah sadis yang menimpa ayam peliharaan ayah kesayanganku..

berbalik kepada kisah asal.. 
mesti ada yang tertanya-tanya kan apa kaitan tajuk rina pada kali ni

kemarau, kebakaran dan jerebu sangat berkaitan..
sebab kemarau terjadinya kebakaran hutan
sebab kebakaran hutan berlakunya jerebu yang teruk.



disebabkan kemarau kebakaran hutan telah menjadi sangat kritikal sampai pihak bomba pun dah tak tahu nak uat apa dah..

kebakaran hutan tu berlaku depan mata je
walaupun time tu dah malam tapi api tetap marak menyala..

kejadian pertama: 

masa tu kami dalam perjalanan balik ke rumah lepas ambik rina kat adtec kulim dan makan malam kat baling,kedah..
dalam perjalanan melalui bukit bukau dan jalan yang gelap gumpita 
tiba-tiba kami sekeluarga dikejutkan dengan cahaya yang sedikit terang yang mampu mencerahkan keadaan di sekitar bukit itu.
dah dekat nak sampai tempat yang terang tu kami di kejutkan dengan melihat hutan sekitar tu hangus terbakar dengan galaknya..
apinya sangat menakutkan..
dalam duk tengok hutan yang terbakar tu ttertoleh-toleh la juga mana la bomba ni tapi tak juga-juga nampak..
tak tahu la lepas tu bomba pergi lepas kami dah tinggalkan tempat tu..

kejadian kedua:

pada waktu tu kira-kira pukul 8.30 malam hari jumaat kami sekeluarga berangakat ke kelantan sebab kami dikhabarkan oleh sedara kat sana yang kami dapat ahli keluarga baru.
kakak sepupuku telah selamat melahirkan seorang putera yang sangat comel.


Yusuf Daniall 


dalam kira-kira jam 9.15p.m kami sampai sekitar tasik banding 
kami nampak api menyala yang maha sangat tinggi di puncak bukit.
kebakaran ni lagi besar dan menakutkan daripada kebakaran yang kami tengok sehari yang lalu..
berdekatan dengan kebakaran tu terdapat pencawang pemancar .
anggota bomba hanya mampu melihat sahaja sebabnya 
api menjulang sangat tinggi dan kawasan yang api marak tu pula tak mampu anggota bomba padamkan api sebabnya api yang menjulang tu betul-betul di puncak bukit
sepanjang kami melintasi tempat yang terbakar tu kami lihat banyak kereta bomba.

kejadian-kejadian ni sangat mengerikan.. 
dan menyedarkan diriku yang tu baru api dunia percikan api neraka..
 so kalau api neraka macam mane pula ye??
lagi la tak dapat bayangkan..

Wednesday, March 5, 2014

Menjerit beramai-ramai

Assalamualaikumm.. 





cuti mid sem akan menjelma  tak lama lagi, tinggal sehari je lagi. 
semua warga Adtec Kulim sangat berkobar-kobar packing barang nak balik esok setelah sekian lama bertapa di tempat yang cukup aman lagi tenang ni.
Sehubungan dengan itu sampai ada seorang senior ni  yang menjadi ketua aras dua membuat konsert tak berbayar dekat satu asrama wanita.
Nasib baik suara cukup merdu untuk didengari, kalau tak memang semua warga asrama wanita ni pakai kapas kat telinga la nampak gayanya tak pon pakai ear phone dan pasang lagu sampai tahap maksimum..
 macam- macam gaya manusia ni.. 
Tapi yang paling peliknya, orang kat asrama ni suka menyumbangkan suara diorang malam-malam ni..
 dah macam saudara mara tarzan je. 
Ni mesti stok-stok adik beradik sedara mara sepupu sepapat jane dan tarzan
sebab tu malam-malam buat pertandingan menjerit beramai-ramai.
esok lusa dah boleh buat perlawanan menjerit antara bilik,kita cari pemenang menjerit yang terhandal.. hahahha..

kalau ada suara pontianak ke langsuir ke yang menjerit sekali dah macam tak dapat nak beza kan dah.. Yang menjerit-jerit ni  boleh jadi suku kaum tu sekali dah,
 agak- agak suara pontianak dan langsuir pun kalah dengan suara diorang ni,
 menangis la pontianak dan langsuir yang ada dekat area sini sebab dah tak de job nak menjerit area adtec kulim sebab pelajar wanita adtec kulim dah ambik job diorang..
hehheheh
kira kalau tak dengar suara orang menjerit dekat sini kira macam boleh buat kenduri tahlil 7 hari 7 malam..
kenduri tahlil? kenapa pula ye? entah la.. bantai je..

kepada yang bercuti sama macam kami students Adtec Kulim
SELAMAT BERCUTI!
Enjoy your holiday and have fun!