Monday, March 31, 2014

01.04 adalah Hari April Fool


1.4 ataupun lebih dikenali hari April fool..
ok hari ni APRIL FOOL!
mesti ada yang tak sabar sabar nak kenakan kawan masing-masing kan??
dekat asrama aku sekarang ni pun dah macam-macam bunyi..
gedegang sana gedegang sini, menjerit sana menjerit sini.. dah rupa macam zoo dah..
tak tahu ke mereka mereka ni yang menyambut Hari April Fool adalah haram?

TAHUKAH ANDA ADA CERITA DISEBALIK HARI APRIL FOOL YANG MENYEBABKAN HARAM DISAMBUT?


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masi
h ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

keesokan harinya iaitu 1 April, mereka mengambil barangan yang telah siap dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan yang dimana terdapat kapal untuk mereka naiki agar dapat menyelamatkan nyawa mereka..
Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan
 umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak..
Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam..

justeru itu
Bila anda meraikan APRIL FOOL, terutamanya untuk orang-orang Islam, seolah-olah anda telah meraikan kejayaan orang-orang Kristian Sepanyol dalam menipu, memecahbelahkan umat islam, serta menyebabkan pertumpahan darah orang-orang Islam berlaku..

MASIHKAH ANDA INGIN MERAIKAN APRIL FOOL??
RENUNG-RUNUNGKANLAH

No comments: