Assalamualaikum..
sebagai manusia biasa kita sentias melakukan kesilapan di atas muka bumi Allah ini. Tidak kira la kesilapan yang kita sedari ataupun tidak sedari yang menyebabkan ada yang tersinggung hati dengan kita.
Dalam entry kali ni rina nak share dengan semua satu ilmu baru. tak de la baru mana pun, tapi bagi yang tak tahu kira baru la..
Dalam entry lepas rina ada tulis kan yang rina cuti mid sem kan??
so balik rumah dalam duduk saja-saja tu tiba-tiba terbuka hati dari sekecil-kecil
secomel-comel sebesar penumbuk je ni bertukar kepada menjadi sebesar-besar dan seluas pintu istana nak belek buku ilmuan ibuku yang tercinta.
Takk pernah pernah nak belek ni tiba-tiba nak belek, kalau tak asyik berkepit dengan novel je 24jam kalau balik rumah.
Dalam duduk sedap-sedap membelek, adalah satu buku ni tertarik menarik kau memang de boom la pada pandangan rina.
nak tahu buku tu tajuk apa??
Jeng!! Jeng!! Jeng!!
Buku tu bertajuk FENOMENA NERAKA!
baca tahuk pon dah macam seram kan?
ni pula nak baca isi dalamnya.. Sah-sah la seram juga
Tapi tapi! hati yang comel comel ni nak juga baca buku tu, jadi baca juga la
dalam banyak-banyak isi kandungan tu rina tertarik dengan satu tajuk tu.
tajuknya ialah:
calon-calon penghuni neraka:
antara calon-calon penghuni neraka yang disenaraikan ialah:
A.
Orang-orang kafir
B.
Golongan musyrik
C.
Orang-orang fasik
D.
Kaum munafik
E.
Orang yang meninggalkan solat
F.
Penzina
G.
Orang yang tidak membayar zakat
H.
Derhaka kepada kedua orang tua
I.
Makan harta anak yatim secara zalim
J.
Peminum khamar(minuman keras)
K.
Orang yang berlindung diri dengan syaitan
L.
Merasa aman dari seksaan Allah
M.
Memilih jalan hidup selain dari Islam
N.
Orang yang suka menfitnah
Dalam
banyak-banyak calon di atas rina nak huraikan satu tajuk je. Tajuk tu rina suka
sangat dan memang sangat berkaitan dengan kita semua hamba Allah yang berada di
atas muka bumi ini
Kita
semua di atas muka bumi ini mempunyai ibu bapa kan?? Tak kira la ibu bapa kita
sudah tiada ataupun masih ada lagi. Jadi sudah semestinya kita
tidak terlepas melakukan dosa walaupun dalam kita tidak sedar semua tu.
Ye la macam kita tahu nak cakap
UH,ARRGH dan adik beradik
sebapa seibu dengannya la pun x boleh kan??
ni ke nak
cakap kasar,kesat yang boleh melukakan hati ibu bapa kita lagi la tak boleh.
betol tak?? sokong??
Firman
Allah yang bermaksud:
“Ucapkanlah kepada keduannya dengan
ucapan yang mulia (kata-kata yang
lemah lembut) dan rendahkanlah dirimu terhadap keduannya dengan penuh
kesayangan” dan ucapkanlah ”wahai tuhanku kasihanilah keduannya sebagai mana
keduannya menyayangi aku di waktu kecil” (Al-Isra’:23-24)
Sudah
terang lagi bersuluh-suluh guna spotlight stadium bola bukit jalil yang kita ni
sebagai anak kena cakap elok-elok dengan mak ayah kita
Sepatutnya kita sebagai seorang anak patut membahagiakan ibu bapa nya
kan. Ye
la kan diorang dah jaga kita dari sebesar tapak tangan sampailah
dah besar
panjang sekarang..
Diorang dah berhabis duit hantar kita pergi belajar start
dari tadika yang comel-comel kiut miut sampai la dah Berjaya ke menara gading menjadi orang yang berguna dimana
ketika tu kita yang dulu comel-comel kiut miut tu dah jadi
lelaki handsome dan
wanita yang cantik menarik memang kapoww la kan..
sehubungan
dengan itu kita perlu lah bersyukur sebab dikurniakan
ibu bapa yang dah macam
superman dan superwoman
Ibu
bapa kita memang sangat hebat.. cuba kita perhatikan, Seorang ibu
mampu buat kerja rumah seperti memasak,menbasuh,kemas rumah,
hantar anak sekolah
setiap hari dan tak pernah mengeluh melakukan kerja-kerja rumah,tak pernah
minta bayaran dengan kita kalau memasak dan
basuh baju kita.. ke ada ibu
yang minta bayaran dengan anaknya??
Of course tak kan.. Seorang ayah pula mampu kerja berjam-jam tanpa henti hanya untuk mencari
duit untuk keluarganya. Tidak pernah mengeluh dalam mencari nafkah untuk
keluarga tercinta,.
Perhatikanlah bagaimana Allah menghubungkan syukur kepada kedua orang tua dengan syukur kepadaNya
Perhatikanlah bagaimana Allah menghubungkan syukur kepada kedua orang tua dengan syukur kepadaNya
Di
dalam perkara ini Ibn Abbas berkata “Ada tiga ayat yang mengandungi tiga
perkara dan
sangat erat hubungkaitnya sehingga tidak dapat
dipisahkan antara
satu sama lain.” Ayat-ayat
tersebut ialah firman Allah bermaksud:
1.Taatilah Allah
dan Rasulnya.jadi orang yang mentaati Allah dan tidak
mentaati Rasulnya maka ketaatan kepada Allah tidak
diterima dan sebaliknya
juga.
2.Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Orang yang mengerjakan solat
akan tetapi tidak menunaikan zakat maka solatnya tidak
diterima dan sebaliknya
juga.
3.Bersyukurlah
kepadaku dan kepada kedua orang tuamu. Orang yang hanya bersyukur
kepada Allah sahaja,akan tetapi tidak berterima kasih
atau bersyukur kepada
kedua orang tuanya,maka tidaklah diterima,demikian pula sebaliknya.
Berkenaan
yang ketiga ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua
orang tuanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua orang tua.”
Rina
dah tolong bold kan dah supaya Nampak dengan jelas sejelasnya
yang keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa
so! moral the story
kalau rasa nak redha Allah hormat
la ibu bapa sebab bila mak ayah redha baru la Allah redha dan bila Allah redha
automatik hidup kita ada keberkatan..
simple kan?? RENUNG-RENUNGKANLAH!
No comments:
Post a Comment