Tuesday, March 25, 2014

#THROWBACK #RESULT SPM #WARIS #SEMETRIAN

Tajuk pon dah bukan main ni ke isi dalamnya..
bak kata sesetengah orang kalau kita nak tahu isi buku/catatan/nota yang menarik selalunya bergantung kepada tajuknya juga..
tapi cerita sekarang,menarik ke tajuk entry ni??? Fikir Fikir la..

Seperti mana satu malaysia tahu kan yang 20/03/2014 adalah tarikh keramat yang dimana tarikh tu terjawab segala kekusutan yang selama ini bermukim di hati,jantung,pankreas 
pelajar-pelajar SPM tahun 2013..*cewwaahh ayat bukan main agi, kalau boleh semua organ dalaman aku nak sebut*

actually kami pelajar SPM ni tak sabar nak tunggu 20/03 tu sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah disamping tak sabar nak tahu result apa yang kami dapat selepas 5 tahun bertungkus lumus belajar di sekolah menegah..

WARIS

My Classmate

yang paling dirindui of course la budak-budak WARIS dan my classmate!! rindu sangat sangat!
memang kecoh+gamat la bila semua dah berkumpul.. tak henti-henti bercakap..
 tambah-tambah lagi budak berdua ni,, TERutamanya si nabilah(pakai tudung biru)
mulut kalah popocorn baru masak...
 kalau nak cerita jalan cerita time bangun pagi sampai la masa nak ambik result memang banyak daa..
tapi aku cuba menyingkatkan sampai jadi pendek sependeknya ok..

#throwback
pagi tu aku bangun,abah dan ibu banyak bagi support pagi tu..
 dan sampai la dalam pukul 9 macam tu tiba-tiba aku dapat satu panggilan dari satu orang yang aku tak percaya yang dia akan telefon aku pagi-pagi macam tu..

si damia zulza(rabbit x cukup gigi aku panggil dia)*aku panggil dia macam tu sebab 
dia pakai braces faham faham la ye ~

Budak ni ajak aku keluar pagi tu atas sebab-sebab yang tertentu aku setuju..
dalam sengaja melengahkan masa sampai pukul 11(sebab nak ambik result pukul 11.15)
boleh dikatakan pagi tu kami dah cukup mentawaf satu felda bersia walhal time tu pelajar spm 2013 tengah takut,gabra fikir pasal result, siap kami boleh main kat taman agi kot..
tiba-tiba member aku kol *azima kol* dia suruh datang sekolah cepat dan terus la pecut pergi sekolah dah akhirnya dalam kelam kabut merempit dengan motor ke sekolah akhirnya kami sampai..
masuk je dewan tengok ramai dah yang sampai.. ye la time tu dah pukul 12 mana tak ramainya..
kami pun masuk la dalam dewan serentak,dengan muka masing-masing dah cukup boleh mengambarkan beribu-ribu,berjuta-juta perasaan yang bersarat dalam hati,dan otak sebab fikirkan result..
sebab kami kelas berlainan kami berpisah..
aku dan kawan yang lain beratur ikot kelas kami, perasaan berdebar memang tak payah nak cakap la macam mana..
aku ambik lambat sikit sebab nervous mana la tahu ada subjek yang terkantoi ke , dan akhirnya
YEAAHH!! aku berjaya lulus semua tak de yang gagal pon..
sebab dulu masa trial ada subjek yang gagal dan result tak sebaik,sesopan result real ni..
aku dan kawan-kawan yang lain alhamdulillah result sedap mata memandang la..
lepas dah dapat tu apa lagi buat sesi menyelfiekan diri sendiri la..
dan hasilnya begini 



sesi menyelfiekan diri kami semua ni bukan setakat kat sini je..
kami juga menyelfiekan diri kat asrama.. tak cukup kat sekolah kat asrama pun kami nak muatkan gambar kami..kalau ikotkan hati diorang ni,segenap tempat kat sekolah ni diorang nak snap picture..
kat asrama perkara pertama yang kami terkejut adalah nampak benda alah ni
 ASPURI dah ada cctv ok.. dah maju!
 lepas penat buat pelbagai aksi nak tangkap gambar dan menggila depan cctv kami kedahagaan.. apa lagi ramai-ramai  serbu la water cooler la.. 
hannah yang paling dahaga rasanya nya..hehhehe
*yang pakai baju warna merah hannah*

lepas tu kami abadikan gambar kami untuk kali terakhir kat asrama beramai-ramai.. 




habis untuk pagi itu, cerita petang tak disertakan lagi..
TO BE CONTINUED..


2 comments:

yayaaa ismail said...

zaman sekolah lahh paling besst .. btw tahniah atas result spm adik :)

Unknown said...

yupp.. zaman sekolah memang the best.. x dapat disangkal.. thanks ye kak :)