Friday, July 4, 2014

7hari di bulan ramdhan

Assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik dan celik tak pejam pejam tanpa sedar sekarang kita dah masuk hari ketujuh dalam bulan ramadhan..
tak sangka secepat ni masa berlalu..
7 hari kita diuji dalam pelbagai situasi selama dalam bulan ramadhan ni..
termasuk aq juga, selama aku berpuasa dalam tahun ni hari ni macam mana tah boleh terbabas tak sahur padahal bangun dah awal dah, dalam tengah kejut roomate macam mana tah boleh terlelap balik jadi dengan rasminya hari ni aku tak bersahur la jawabnya..
sehubungan dengan itu hari ni kami berdua telah mengambil keputusan bahawa hari ni hari menjimatkan tenaga.. dari tadi aku dengan roomate duk diam diam je atas katil, nak save tenaga punya pasal.. perut dah berlagu riang dah ni..

Dikesempatan ni aku nak memohon maaf la kalau ada sape yang rasa tak puas hati dengan aku..
cara penulisan aku yang cacar marba ni ke.. maaf la ye dan selamat berpuasa!!
semoga berpuasa penuh ye! jangan culas!!
semoga kita dapat memperbanyakan amalan kita dalam bulan ini, ramai ramai la kita mengambil kesempatan dalam bulan ni, jangan sesekali mensia-siakannya..

No comments: