Friday, April 11, 2014

Solat Tiang Agama

Mesti ada yang pelik kan kenapa entry rina kali ni letak orang lidi terlebih zat dengan berlabel bagai..
Dah la label pasal solat 5 waktu..
ok cerita dia macam ni..

Hari tu ada ceramah agama dekat surau Adtec ni so kami diwajibkan turun, kalau tak turun kena denda... 
kalau fikir-fikir balik dah macam duduk sekolah menengah teknik je,
 bukan rasa duduk pusat latihan tinggi..
dah turun tu ceramah baru nak mula.. ceramah pasal solat..
nak tahu?
solat sebenarnya pun ada kaitan dengan tubuh badan kita, sebab tu la entry ni ada kaitan dengan gambar  dekat atas tu..

kata ustaz tu.. Allah telah merencanakan sesuatu dengan sebaik-baik kejadian dan telah menwajibkan manusia mengikuti suruhannya.. semua bergantung kepada manusia sahaja nak ikut suruhannya atau langgar suruhannya..

solat diibaratkan seperti anggota badan kita.
Subuh 
Diibaratkan seperti kepala.
jika kita menunaikan waktu subuh maka kita masih berkepala, tapi jika kita tidak menunaikan solat subuh kita diibaratkan seperti berjalan diatas muka bumi ini tanpa berkepala..
bayangkanlah dah kalau tak de kepala bukan ke dah jadi spesis hantu ke 

Zohor
Diibaratkan seperti tangan.
jika kita tidak menunaikan solat zohor bermakna kita dikatakan haram untuk menggunakan pancaindera kurniaan Allah ini..

Asar
Diibaratkan seperti badan
jika kita tidak menunaikan solat asar ibarat kita bergerak tanpa punya badan, hanya ada anggota lain selain badan.

Maghrib
jika kita tidak menunaikan solat maghrib kita dikatakan tidak mensyukuri nikmat membuang hadas kotoran dari badan kita

Isyak
jika kita tidak menunaikan solat isyak kita diibaratkan seperti berjalan tanpa kaki.. bayangkan, berjalan tanpa kaki macam mana?

"Perintahkanlah anakmu mengerjakan solat sewaktu dia berusia tujuh tahun dan pukullah mereka sesudah mereka mencapai umur sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur antara mereka"

KETAHUAILAH BAHAWA ANAK KUNCI SYURGA ADALAH SOLAT!!


2 comments:

Unknown said...

nice sharing ^^

Nanie Dean said...

Nice sharing... Insyaallah, sama2lah berusaha ke arah yang lebih baik.