Wednesday, April 23, 2014

Noble school! Make up!

Assalamualaikum..

Baru-baru ini pelajar khursus asas mekanikal dan asas telekomunikasi telah mengikuti lawatan ke karnival di alor star..
karnival untuk kolej dan sekolah kemahiran..
macam-macam ada kat sana dan dalam macam-macam tu ada la satu booth ni mewakili noble school buat make up..
ada ke yang pernah dengar pasal noble school nih?? aku baru first time dengar, diorang cakap noble school ni ada kat taiping..
tak kira la make up jenis macam mana pun.. cakap je kat diorang nak apa..
make up hantu, make up cantik,make up macam badut,make up pengantin dan apa je yang kita nak request boleh je.. 
dalam tengah jalan-jalan tu dia tarik la aku dan kawan aku fatin ni suruh masuk booth dia.. 
kiteorang muka dah serba salah, sorang buat muka tak tahu apa-apa,
sorang buat muka terpaksa nak masuk..
dalam main tarik-tarik tu dan ramai mata-mata yang memerhati kami bersetuju masuk dan dia try 
nak make upkan antara kami berdua dan cepat je member aku tu jawab
"make up dia je kak" 
aku la yang dia maksudkan tu.. aku dah serba salah, dan disebabkan aku ni orang yang susah untuk berkata tidak aku pun setuju je . lagipun bayaran dia rm2 malaysia sahaja.. 
Dia beria nak make up aku, tanya nak make up kat mana.. 
tangan ke muka..??
dan aku jawab 
tangan dah la, tak de la nampak sngat..
aku tak tahu pun dia nak buat apa dekat tangan aku mula-mula 
dah dia start make up tangan aku tu dan hampir nak siap baru aku tahu yang dia make up effect macam accident, dan make up effect dia tu betul-betul nampak real.. nampak macam tangan aku baru lepas accident.. 

*oh tidak!tanganku!*

nampak real kan?? geli je aku yang tengok..
Dah keluar dari booth tu banyak je mata yang tengok aku dan tangan aku, yang tak tahan nya siap buat muka lagi..
ada yang muka kesian,muka pelik,muka geli pun ada..
lepas aku bla dari booth tu pusing tempat lain dan kembali ke booth noble school tengok ramai je yang ikut jejak aku.. mungkin diorang rasa menarik kot benda tu.. aku pun tak tahu.. 
aku berusaha sorok benda tu lepas orang duk usha aku pelik tapi orang lagi gembira di samping noble school main make up-make up..

kalau ada sedara mara adik beradik kakak mak yang rasa nak make up guna khidmat noble school boleh terus berurusan dengan pengajar diorang yang bernombor
0165591289..

1 comment:

nurinafarhana said...

Wah! sambil buat entry sambil buat review ye. Daebak! tapi tangan tu sumpah buruk. Kurang duit hantaran bhahaha.