Tuesday, April 8, 2014

Khasiat/kebaikan berwuduk sebelum tidur

Assalamualaikum...

Berwuduk mempunyai banyak kebaikan. ini bukan sahaja dapat pahala malah kita dapat banyak faedah dari berwuduk.. wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita..
oleh kerana itu kita diwajibkan berwuduk dahulu sebelum menunaikan solat ataupun melakukan sesuatu perkara yang memerlukan kita berwuduk.. 

berwuduk sebelum kita tidur adalah sangat disunatkan.. dapat pahala kot,  tak rugi apa-apa pon, malah kita rasa sejuk selepas berwuduk.. berwuduk sebelum tidur bukan sahaja dapat pahala bahkan dapat menghindarkan diri kita dari mimpi buruk dan dapat memudahkan kita tidur..
rina cakap berdasarkan pengalaman.. sebelum rina tidur dalam keadaan berwuduk rina selalu akan terjaga dalam pukul 3 atau 4 pagi.. walaupun tidur lambat confirm terjaganya lah.. tepi selepas ibu rina suruh amalkan berwuduk sebelum tidur.. rina dapat tidur dengan aman..
mimpi yang buruk-buruk pun dah jarang mimpi

Rasulullah bersabda "barang siapa yang tidur dimalam hari dalam keadaan suci(berwuduk) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat akan berucap
'Ya Allah ampunkanlah hambamu ini,kerana ia idur di malam hari dalam keadaan selalu suci'

berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama ada menjelaskan hikmah berwuduk sebahagian daripada usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani..
sudah tentu setiap perintah Allah mempunyai hikmah disebaliknya..
berwuduk juga mempunyai nilai ibadah yang tinggi.. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, beerti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah hanya dekat dan cinta kepada orang yang dalam keadaan suci..

bukan itu sahaja.. berwuduk juga mempunyai banyak khasiat yang tersendiri..
Antaranya ialah:
1. Menenagkan otot-otot sebelum berehat.. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan behawa percikan air wuduk merupakan cara mengendurkan otot yang kaku dalam beraktiviti.

2. Mencerahkan kulit muka.. wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk dapat menghilangkan kotoran dalam kulit..
kulit kita akan segar,bersih dan cerah.. Insyaallah!

3. Didoakan malaikat.. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah.
nescaya doanya akan dikabulkan..

No comments: