Thursday, April 17, 2014

Tunjuk Skill Ramai-Ramai

Assalamualaikum...

Tanggal 10.04.2014 terdapat satu aktiviti yang telah direncanakan oleh mpp adtec kulim dan akan dijayakan oleh pelajar khursus asas,semester 1,semester 2 dan semester 3..
lama punya tarikh baru sempat nak update cerita pasal ni, cerita sebenarnya update lambat sebab baru dapat gambar makanan dari mpp yang tangkap gambar ni..
semua budak asas macam memberi komplin kenapa kami yang kena masuk, dah la sampai keluarkan arahan kami-kami ni tak dibenarkan balik langsung minggu tu,
dan baru la kami tahu bahawa tuan pengarah memberi arahan suruh kami ikut aktiviti ni sama sebab dia dapat agak yang 
semester 1,2 dan 3 ni macam yang ramai tak kan join..
dan terbukti la sikit kata MPP kami, kira budak asas ni lagi memeriahkan suasana pada hari itu..

cakap panjang lebar tapi tak tahu lagi aktiviti apa yang dijalankan untuk hari tu kan???
ok, aktiviti yang dijalankan hari tu adalah
DAPUR HANGIT dan PES..
Pada sebelah pagi diadakan pertandingan DAPUR HANGIT..
hanya 4 orang peserta sahaja yang dibenarkan masuk, 2 lelaki dan 2 perempuan dalam satu kos..
dan aku adalah salah satu dari 2 perempuan itu..
disebabkan kami budak asas adalah kos mekanikal perkakasan jadi kumpulan aku otomatik mewakili mekanikal perkakasan la.. terang terang mekanikal perkakasan takkan la bertukar jadi elektronik pula kan..
hehheheh

cerita pasal pertandingan yang aku kena masuk ni memang agak clumssy sikit la.. ye la, masak kot.. ingat aku teror ke, setakat nak bagi kenyang perut sendiri tu boleh la, kalau nak masuk pertandingan bagai ni cuak la juga,...
ok, kenapa aku masuk juga walaupun aku tahu aku tak berapa mahir memasak..
bukan tak pandai masak ok, tak mahir je..
sebab-sebab yang menyebabkan aku kena masuk pertandingan tu kerana member-member aku yang lagi tiga ni tak nak masuk, so dari kami kalah tanpa bertanding baik kami masuk, lagi pun partner aku yang lagi sorang ni teror masak memasak ni.. superb la!
punya la gabra aku cari resepi sampai aku telefon sifu aku yang handal lagi hebat, sape lagi kalau bukan 
my lovely muummy..
bukan main lagi ibu bagi resipi dan kata semangat, siap pesan jangan bagi malu keturunan sekali tu.. 
ceh!! apa la, ingat masuk master chef ke, baru dapur hangit..
esoknya, memang kami terkejut tak berapa nak jadi beruk la sebab nya masak kena guna arang weh!
A.R.A.N.G! mamang hangit sungguh la dah la bagi masa 3 jam je,
 nak hidupkan arang lagi, nak potong barang lagi, hidangan sekurang-kurangnya 2 kena sediakan tapi kami nak masak at least 3..
dalam tengah sibuk-sibuk menghidupkan arang yang tak nak hidup-hidup tiba-tiba satu kejadian telah berlaku..
dekat area tempat kami nak masak tu jadi satu kebakaran pula..
kes nya macam ni, botol yang berisi petrol tu terbakar dan minyak petrol mencurah-curah keluar dari botol tu, mpp dah hilang pergi ambik alat pemadam api.. 
lama gila, pergi ambik ke pergi buat tak tahu la, dah dekat nak habis api baru pemadam api datang,,.. time tu tara guna dah sebab api dah kecik nak mati pun..

*yang ada kerusi tu la tempat kami kena masak mula2, tapi kena pindah tempat lepas tu*
tukar tempat otomatik dapat arang baru, bila dapat arang baru jawabnya lama lagi la nak hidup, bazir masa kat situ je, ingat 3 jam lama ke, sekejap je ok..
dekat setengah jam baru api mula hidup,

*posing jap sementara tunggu api nyala*


*berusaha hidupkan api*

selepas api dapat dihidupkan kami terkocoh-kocoh mulakan memasak memandangkan kami tengok kumpulan lain dah ada yang hampir siap satu hidangan..
kami start masak sambal tumis udang..
udang je yang aku rasa lebih sesuai dari sotong dan ayam.. air udang kan dapat sedapkan lauk..
Dan terbukti memang sedap sambal tumis tu ok..
tak tipu nih!
lepas tu kami terus dan terus memasak tanpa henti sehingga kami terlebih sasaran menu..
excited punya pasal  terbabas masak sampai 4 sajian..
sambal tumis udang,kari ayam,omellete seafood dan sotong goreng kunyit..

*sambal tumis udang*

*omellete seafood*

gambar sotong goreng kunyit dan kari ayam tak sempat nak tangkap..

yang lain lain ni hidangan saingan kami














juri macam menyebelahi kami, tapi keputusan sapa yang menang tidak kami ketahuai sehingga sekarang..
nak juga tahu sapa yang menang..
letih-letih tunjuk skill masak yang terpendan rapi ni tengok2 tak buat hari penutup pun..

sebelah malam pula ada game untuk kaum lelaki..
PES.. alaa video game bola..
time ni lelaki lelaki pula yang tunjuk bakat dalam game bola..
lelaki mesti tahu punya la, aku pon baru tahu malam tu..
Disebabkan kami ni perempuan yang sememangnya tidak mengemari game bola tu, pengerusi mpp abang mokhtar benarkan kami kaum hawa ni balik asrama dulu.. gila lama nak tunggu diorang habis, memang sampai pagi la..

Hanya itu sahaja yang berlaku pada hari tu :D

2 comments:

nurinafarhana said...

wahhhh! Kakak kita memasak laaaa. Tak sabar ni nak rasa.

Pwincess said...

ececeh. boleh dah masuk masterchef gini. hehehe.