Thursday, April 10, 2014

Cinta Dan Rindu



Antara cinta dan rindu rina lebih memilih untuk merindu. 
nak tahu sebab apa?
kerana dalam rindu itu penuh dengan kasih sayang, dalam rindu hadir bersama cinta, dalam rindu bersulam doa dalam sujud..
hebatnya kehebatan rindu..
bukan nak cakap cinta tidak mempunyai kehebatan sama, tapi pada pandangan rina rindu mempunyai kehebatan luar biasa..
mencintai tidak semestinya memiliki... 

Cinta dan Rindu itu bermula dari Adam Hawa dikisah pula Yusuf dan Zulaikha
 diabadikan pula Shajehan dan Muntaz diberikan pula Romeo dan Juliet diceritakan Rama dan Sita dilakonkan oleh Laila Majnun dan kini kita pula yang meneruskannya..

Sungguh bahagia insan yang telah menemui cinta dan rindu sejati..

Menyatakan cinta dalam islam adalah boleh tetapi tidak penting. 
Tidak sepenting bukti sebenar cinta . Bukti sebenar cinta apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar ia rasa selamat dan dihormat..
Contohnya:
Disaat kita ingin melepaskan seseorang ingatlah disaat kita ingin mendapatkannya dahulu.
Disaat kita tidak menrindukannya, ingatlah saat pertama kali kita lafazkan kita cinta padanya.
Disaat kita mulai bosan dengannya ingatlah saat-saat indah kita bersamanya..

Nak tahu??
Cinta adalah seperti karakter hantu-hantu di Malaysia.. 
Hah??! apa dia cinta macam karakter hantu kat Malaysia?? 
Sabar sat.. nak habaq la ni apa dia..

1.Cinta adalah seperti Sundal Bolong, Didepan manis dibelakang bohong.
2.Cinta adalah seperti Pocong, selalu lompat dari satu hati ke hati yang lain.
3.Cinta adalah seperti Toyol, ada wang diri disayang,tiada wang diri ditendang.
4.Cinta adalah seperti Puntianak, tidak tahu bila nikahnya tiba-tiba dapat anak ..  

Cinta dan Rindu tak dapat dipisahkan..
perasaan yang datang package,tak boleh nak tolak salah satu dari itu..
cinta dan rindu adalah satu anugerah dari tuhan kepada kita..
perasaan yang dipinjamkan sebentar untuk kita, sepatutnya digunakan sebaik mungkin..tidak menyalahgunakan perasaan itu ke jalan yang salah..