Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Tua!!

Assalamualaikum..


Agak lama tak update entry ye.. kali ni nak update pasal seorang hamba Allah yang tersayang dalam hidupku..

pada 22.7.2014 yang lalu adalah hari lahir my sista fatin farhanah binti md noor.
kini umurnya genap 2*.. 
kena la rahsia kan umurnya nanti kang dia baca termalu sendiiri disebabkan dirinya sudah lanjut usia,, hahahah..
di kesempatan ini adikmu yang sungguh baik hati,penyayang dan comel ini hendak mengucapkan selamat hari tua wahai kakakku!!!
jangan merasakan diri tu muda lagi ye, bawak bawak sedar diri la sikit.. 
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga tahun ni dapat kasi duit raya kat ina ye ;)
ina menunggu duit raya dari kak long!! jangan lupa kasi.. orang tua kena bagi duit raya kat orang muda belia ni.

*only sista*

Saturday, July 5, 2014

Terkejut ke??

Assalamualaikum..

Hari ni genap 6 hari aku aku berada di Adtec Kulim.. dalam masa 6 hari tu tak de apa yang menarik tertarik lagi yang berlaku, ye la yang ada kat asrama pun berapa kerat je kan..
keadaan senyap sunyi terang benderang ni tak kekal lama sebabnya hari ni hari pendaftaran pelajar lama..
Dan tadi dah terserempak dengan senior dah,seperti yang dijangka diorang semua terkujat melihat kami budak asas datang sini balik.. 
Ada yang mengalu-alukan kedatangan kami dan tak kurang juga yang tak menyenangi kehadiran kami di sini, biasa la manusia mesti ada je yang tak puas hati ..
tu baru sikit je yang jumpa belom semua lagi, malu pun ada jugak nak bersua muka dengan senior senior lain.. tu tak pegi bengkel lagi, adoyaii malunya esok!!
tapi apa apa pon kena juga hadapi dengan hati dan jiwa yang kental lagi kuat..
hehheheh ;)


Friday, July 4, 2014

7hari di bulan ramdhan

Assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik dan celik tak pejam pejam tanpa sedar sekarang kita dah masuk hari ketujuh dalam bulan ramadhan..
tak sangka secepat ni masa berlalu..
7 hari kita diuji dalam pelbagai situasi selama dalam bulan ramadhan ni..
termasuk aq juga, selama aku berpuasa dalam tahun ni hari ni macam mana tah boleh terbabas tak sahur padahal bangun dah awal dah, dalam tengah kejut roomate macam mana tah boleh terlelap balik jadi dengan rasminya hari ni aku tak bersahur la jawabnya..
sehubungan dengan itu hari ni kami berdua telah mengambil keputusan bahawa hari ni hari menjimatkan tenaga.. dari tadi aku dengan roomate duk diam diam je atas katil, nak save tenaga punya pasal.. perut dah berlagu riang dah ni..

Dikesempatan ni aku nak memohon maaf la kalau ada sape yang rasa tak puas hati dengan aku..
cara penulisan aku yang cacar marba ni ke.. maaf la ye dan selamat berpuasa!!
semoga berpuasa penuh ye! jangan culas!!
semoga kita dapat memperbanyakan amalan kita dalam bulan ini, ramai ramai la kita mengambil kesempatan dalam bulan ni, jangan sesekali mensia-siakannya..

Thursday, July 3, 2014

Hello Beloo!! i'm come back

Assalamualaikum..

hello semua!! sudah sekian lama rasanya tangan ni tak menari-nari di keyboard laptop ni..
cukup lama kita tak bersua di sini ye.. hahahha apa benda ayat meraapu pon tak tahu, 
nak uat come back punya pasal sanggup pagi pagi celik ni mengagahkan diri menaip di sini,padahal selama ni punya susah nak stay up pagi lepas semayang subuh, apa ke buang tabiat la hari ni plak..
Bersempena hari come back hari ni(ingat retis je ke yg boleh buat come back i pon boleh k) nak cerita sikit hal baru yang berlaku..

Sekarang i'm sweet 8teen..
bermakna zaman persekolahan sudah lama dan jauh ditinggalkan(biarpun baru 7 bulan tinggal zaman sekolah).
Dulu rina penah cakap, rina pernah belajar di adtec kulim sebagai student khusus asas selama 4 bulan dan masa yang indah indah tu sudah 3 bulan ditinggalkan..
dah selepas habis khusus asas di Adtec Kulim status diri telah bertukar, dari seorang pelajar telah menjadi penganggur terhormat yang menanam anggur,epal,strawberi selama 3 bulan berada di rumah.. bunyi banyak gila tanaman yang di tanam tapi hasilnya tak pernah pernah dapat.. hahahha ..
jadi sambil menjadi penggangur terhormat itu dalam masa yang sama jiwa berkobar-kobar menanti dan terus menanti keputusan upu..
jadi keputusannya rina dapat ipta ipta yang dikenali ramai tapi ada masalah dalam memilih di situ.. mengambil masa yang agak lama untuk memilih tempat nak sambung belajar..
pilih punya pilih, dilema punya dilema, air mata punya air mata, drama swasta la drama kerajaan la jadi akhirnya keputusan telah ditentukan.. Actually keputusan tu ditentukan 70% dari keputusan abahku..
jadi keputusan yang di ambil adalah dengan menghantar aku kembali ke Adtec Kulim dengan berstatuskan pelajar diploma teknologi kejuruteraan mekanikal pembuatan(pemesinan) dan aku dengan paksa rela harus menerima ketentuan harus wajib sunat kembali ke sana..
"kadang kadang kita terpaksa berkorban untuk kegembiraan org lain"
sekarang baru aku faham dengan ayat tu.. betul! kadang-kadang kita kena berkorban untuk kebaikan bersama..
jadi aku didaftarkan pada 1.7.2014 di Adtec Kulim sebagai pelajar diploma, DIPLOMA OK!
dah 4 hari aku kembali ke sini..

semoga keputusan yang aku pilih ni akan membahagiakan ibu dan abah dan aku akan buktikan pada orang sekeliling aku yang aku juga mampu berjaya, bukan hanya pelajar ipta yang terkenal je yang boleh berjaya ipta yang kurang dikenali pun boleh berjaya.. Tempat bukan faktor utama memberi kejayaan kepada seseorang tempat menjadi salah satu faktor memberi kejayaan sahaja.. 
Insyallah aku akan buktikan dan dapat bahagiakan ibu abah serta diri sendiri :)