Monday, February 17, 2014

Tanda-tanda awal maut menjelma(100 hari sebelum kematian)

Assalamualaikum.....

Hari ini rina nak share dengan korang semua serba sedikit ilmu yang rina dapat melaluai cerita yang baru-baru ni tengok dengan kawan-kawan 2minggu yang lepas.. 
Hari ni baru sempat nak share serba sedikit dengan korang

cerita tu tajuk 100 hari sebelum kematian.. cerita tu pernah disiarkan di tv dulu,channel tv3.. Ala yang lakonan Zul huzaimi tu.. Mesti korang ada pernah tengok tapi of course dah lupa sebab cerita dah lama..
kalau ada yang di antara korang yang tak tengok cerita tu, boleh baca entry ni.

Antara tanda-tanda awal yang diberitahu dalam cerita tu start dengan hari ke 100...

----> 100 hari sebelum kematian
Inilah petanda yang terawal diberikan Allah kepada hambanya yang dikehendaki.
Tanda ini berlaku selepas waktu Asar dimana bahagian hujung rambut-hujung kaki merasakan getaran seperti menggigil. Petanda ini akan hilang sekiranya hambanya itu mengigati akan kematian dan manakala bagi hambanya yang tidak diizinkan menyedarinya petanda ini akan hilang begitu sahaja bersama kelalaian mereka. 

----> 40 hari sebelum kematian
Bahagian pusat akan berasa berdenyut-denyut. Maka pada ketika ini sehelai daun yang tertulis namanya telah jatuh dari Arash Allah lalu daun itu disambut oleh Malaikat Maut yang mula akan mengekori pemilik nama di atas daun itu sepanjang masa dan dimana jua dia berada. Mungkin terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas pandang. Jika ini berlaku pada hambanya yang dikehendakinya nescaya kebingunganlah hamba itu untuk seketika.

----> 7 hari sebelum kematian
Petanda ini hanya akan diberikan kepada hambanya yang diuji dengan kesakitan sebelum menjelang kematian. Secara tiba-tiba hamba yang sakit ini akan menjadi berselera untuk makan sedangkan sebelum ini dia langsung tidak lalu untuk menjamah makanan.

----> 3 hari sebelum kematian
Kala ini akan rasa denyutan di bahagian tengah dahi. Mata hitam juga tidak akan bersinar lagi. Bagi yang sakit,hidungnya akan perlahan-lahan melurut jatuh. Tanda ini dapat dilihat jika kita memandangnya dari bahagian sisi. Telingannya juga akan layu seolah-olah hujungnya masuk kedalam. Manakala tapak kakinya yang terlunjur akan beransur-ansur bengkok kedepan dan sukar di tegakkan.

----> 1 hari sebelum kematian
Pada satu detik sesudah asar hamba ini akan berasa satu denyutan disebelah belakang di kawasan ubun-ubun yang mana memberi alamat kepada hambanya bahawa dia tidak akan dapat bertemu asar pada keesokan hari lagi..


#Dalam kitab Raudhatul-Mustaq Nal Malakil Khanaq yang dikarang oleh Hafiz Ibnu Al-Jauzy 
menerangkan:

-- Setiap matahari  terbit dan terbenam pasti ada malaikat yang berseru:
Wahai orang yang berumur 40tahun inilah saat menyediakan bekal kerana saat ini akal fikiranmu masih cerah,badanmu masih kuat.
Dan wahai orang yang berumur 60tahun telah dekat masa ajal dan menuaimu tetapi kamu lalai memberikan jawapan kepadamu. Bukankah aku telah banyak memberi peringatan untuk dapat memperingatkan dirimu dan bukankah telah datang kepadamu pemberi peringatan itu..


Renung-renungkanlah.. Maut tidak pernah menunggu kita, ia sentiasa mengejar kita walaupon kita berusaha lari daripadanya sekalipun..





SEKIAN...

Saturday, February 15, 2014

Penamatan zaman bujang kurang dari 1 bulan

Seperti yang 1 malaysia sedia maklum bahawa seorang 
pengarah muda iatitu Syamsul Yusof yang datang dari keluarga skop production milik ayahdanya sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam. Mewarisi bakat seni ayahdanya dalam industri seni.


Mohd Syamsul Bin Datuk Yusof/ Mohd Syamsul B. Md Yusof
lebih di kenali sebagai Syamsul Yusof
berumur 30tahun 
dilahirkan pada 21mei 1984
Seorang pemuda tampan lagi bergaya akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Mac 2014 bersama pasangannya iaitu 


Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin
dikenali Puteri Sarah Liyana
berumur 29tahun
dilahirkan pada 1 disember 1985
seorang gadis yang cantik lagi ayu yang mampu membuatkan hati syamsul yusof terpaut padanya..

tidak sabar rasanya ingin melihat artis kegemaran ku syamsul yusof akan menamatkan zaman bujangnya secara rasmi.
hanya tinggal lebih kurang daripada 1 bulan sahaja sebelum mereka berdua bergelar suami isteri

semoga persiapan menjelang hari yang berbahagia bagi mereka berdua akan berjalan lancar.
Insyaallah.. Niat yang baik dipermudahkan


Friday, February 14, 2014

Sekian lama baru bertegur

Assalamualaikum....


semalam hari pertama kita bertegur dalam facebook setelah sekian lama senior tak tegur saya setelah terjadinya 1 kejadian yang di mana senior nie  seorang yang keras hati, keras jantung, keras pankreas  dan semua anggota dalaman yang menjadi keras secara mendadak, tak nak dengar apa yang saya cakap tapi nak dengar cakap orang lain lagi.. (kalah Elsa dalam cerita Frozen) 
4 bulan lamanya..  


Roy roy roy keras sungguh hati mu roy... hahahhahha

senior tak pernah berubah, actually ada la berubah sikit.. biasa la orang dah berumur kan, susah la.
.hahhhaha :) 

senior...
saya ada sebab kenapa tak nak tegur senior, macam saya cakap saya tak tegur senior sebab saya takut senior marah saya.. senior sangat-sangat-sangat-sangat menakutkan bila marah 4 bulan lepas... 
SERAAMM WEHH!

terima kasih sebab maafkan saya... 
TAPI! saya nak cakap ni

bukan salah saya ye! saya dah cakap cerita sebenarnya, tapi senior yang tak nak dengar, degil macam batu kerikil.. HEADSTONE!




Terima kasih senior kerana sudi membaca! kalau baca la :D